NOTIS

PERINGATAN!!!!

semua gambar kebanyakan ihsan dari Google, yang aku bahasakan sebagai pak cik gugle, kalau ada aku terambil dari private belog, selalu aku akan creditkan kepada mereka, kadang-kadang ada juga gambar itu dari simpanan aku sendiri.
so......

ambil apa yang korang nak dari blog ni, TAPI give n take la, dah ambil sila promote skit blog ni keyh?? kalau nak letak iklan kat sini sila tinggalkan link nanti aku promote. ingat!!! GIVE N TAKE bubye... selamat berblog~~~

Follow me I will follow U

Thursday, July 4, 2013

Sepatu milik kasanova { Zara Amani }

Sinopsis
Airin Natrah merupakan seorang mahasiswi yang belajar dalam bidang perakaunan dan berminat mereka cipta sepatu. Ketika menghadiri ‘masquerade party’, dia telah berkenalan dengan seorang lelaki kasanova bernama Irfan Mickael. Lelaki yang bertugas di awan biru ini mempunyai ramai teman istimewa. Airin Natrah tidak suka pada Irfan kerana lelaki ini selalu merendah-rendahkan kebolehan Airin Natrah membuat sepatu. Pada Irfan, itu semua hanyalah hangat-hangat tahi ayam sahaja. Sehingga pada suatu hari, Irfan mencabar Airin Natrah membuat sepatu untuk Embah Melati, iaitu nenek kesayangan Irfan. Sanggupkah Airin Natrah menerima cabaran itu?



tajuknya yang unik, memang seunik jalan cerita yang di garap. sepatu milik kasanova memang tidak ada beza dari cerita cinta yang lain. yang membezakan novel ini dengan novel cinta yang lain cuma watak airin natrah yang gila membuat kasut, ini adalah pertama kali seorang penulis mengolah watak heroin sedikit unik. bagi aku la. tak pernah lagi jumpa orang yang gila buat kasut, kalau perempuan gilakan kasut itu biasa, tp kalau gila membuatk kasut aku rasa macam sedikit unik. lebih lebih lagi budak akuan. kan ke jauh sangat tersasar tu?

kasanova irfan mickael, memang la kasanova sungguh, tapi macam biasa cinta berputik setelah mengenali airin natrah yang nyata bukan selera asalnya. konflik biasa yang tidak mencengkam jiwa, cuma menariknya watak lelaki cina itu. dan kalau diminta pendapat aku. aku lebih suka kalau airin bersama dengan jejaka cina tersebut. tapi bila olahan cerita memang sudah menakdirkan airin dengan irfan ia berakhir dengan baik sekali. kenapa aku kata airin lebih sesuai dengan jejak cina tu? aku rasa korang kena baca cerita ini dulu. tapi itu hanyalah pendapat aku. korang pulak???






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...