NOTIS

PERINGATAN!!!!

semua gambar kebanyakan ihsan dari Google, yang aku bahasakan sebagai pak cik gugle, kalau ada aku terambil dari private belog, selalu aku akan creditkan kepada mereka, kadang-kadang ada juga gambar itu dari simpanan aku sendiri.
so......

ambil apa yang korang nak dari blog ni, TAPI give n take la, dah ambil sila promote skit blog ni keyh?? kalau nak letak iklan kat sini sila tinggalkan link nanti aku promote. ingat!!! GIVE N TAKE bubye... selamat berblog~~~

Follow me I will follow U

Tuesday, June 4, 2013

Asam Pedas untuk Dia { Nureen Mirza }

Sinopsis
AKU AININ SOFIYA, hanya seorang pembantu rumah separuh masa. Tugasku bukan setakat mengemas rumah, malah urusan dapur diserahkan kepadaku. Buat pertama kalinya, asam pedasku mendapat pujian. Dalam diam, aku diintai oleh salah seorang anak majikanku, Ahmad Ziyad. Rupa-rupanya, asam pedasku menjadi kegemarannya. Namun tidak kusangka, dia ingin melamarku, hanya kerana ingin membantuku dari segi kewangan. Aku bukan mata duitan! Aku hanya bekerja di rumahnya dengan hasil usahaku sendiri.

Setelah berfikir panjang, aku menerima lamarannya, tetapi dia meletakkan syarat. Perkahwinan ini harus dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga dan teman wanitanya. Aku juga tidak dibenarkan hamil. Malah, aku tidak dimaafkan jika perkara itu berlaku. Sampai bila aku harus berlakon dan menyorok statusku? Jiwaku terseksa menjadi isteri rahsianya walaupun halal di sisi agama. Ziyad seolah-olah tidak memahami perasaanku. Hidupku terseksa dengan permainannya sehingga takdir menentukan aku hamil anaknya!


hahahah... waktu aku tengok cover novel ni aku ingatkan ada penulis nak buat pembaharuan jalan cerita yang berkisarkan masakan, tapi bila baca sinopsis kat belakang tu, aku senyum kambing je la.. hehehehe... tapi tetap teringin nak baca novel ni, sebab ada kawan sebelum ni kata novel ni menarik, so aku try la baca, 
hurmmm... jalan cerita mengisahkan kahwin terpaksa, sebab ainin ni janda, jadi disebabkan desakan hidupnya nak tanggung anak dan emak selepas kematian suami membuatkan dia mengambil keputusan untuk bernikah dengan majikannya walaupun terpaksa merahsiakan pernikahan mereka. 
 apa yang menarik cerita ini ialah penulis mungkin mempunyai persepsi sendiri dengan golongan ibu tunggal, di harap dengan jalan cerita yang digarap penulis dapat merubah pa ersepsi negatif orang ramai terhadap golongan ini., mereka juga manusia seperti kita yang  memerlukan perhatian dan kasih sayang masyarakat. aku salute dengan harapan penulis. ermmm.. buku ini mungkin akan lebih mematangkan pembaca. terselit juga pengajaran yang kita boleh terapkan dalam kehidupan semasa.







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...