NOTIS

PERINGATAN!!!!

semua gambar kebanyakan ihsan dari Google, yang aku bahasakan sebagai pak cik gugle, kalau ada aku terambil dari private belog, selalu aku akan creditkan kepada mereka, kadang-kadang ada juga gambar itu dari simpanan aku sendiri.
so......

ambil apa yang korang nak dari blog ni, TAPI give n take la, dah ambil sila promote skit blog ni keyh?? kalau nak letak iklan kat sini sila tinggalkan link nanti aku promote. ingat!!! GIVE N TAKE bubye... selamat berblog~~~

Follow me I will follow U

Monday, May 27, 2013

Tak Mungkin Dia { Rania Firdaus }




Sinopsis belakang Buku.
Erina Jelita Putri, gadis biasa yang tidak punya apa-apa kecuali keluarga yang sentiasa mencurahkan kasih sayang kepadanya. Mengenali Azfar menjadi titik tolak permulaan hubungannya untuk mengenali insan bernama lelaki. Lantaran itu, hubungan mereka menjadi lebih akrab. Namun, sesuatu yang tidak pernah diduga merenggut kebahagiaannya. Kematian Azfar mengubah Erina menjadi seorang yang suka menyendiri. Keprihatinan ahli keluarga sempat membawanya kembali menjadi seorang gadis yang ceria. Ketiadaan Azfar dapat diterimanya.
Dia meneruskan hidup seperti biasa sehinggalah Izhar hadir di dalam hidupnya. Hubungan mereka memutikkan bunga-bunga kemesraan sehinggalah Izhar berani menawarkan cintanya kepada Erina. Kemunculan seorang pemuda persis Azfar telah mengelirukan fikiran gadis itu. Tidak mungkin pemuda yang dikenali sebagai Azrul itu Azfar. Sudah bertahun dia menerima hakikat bahawa Azfar sudah mati. Mengapa dia muncul? Aduh, sakit kepala dibuatnya! Konspirasi apa yang sedang mereka mainkan ini? Dia harus mematangkan dirinya. Dia harus mencari jawapan siapa Azrul dan Azfar sebenarnya. 




arghhhh..tak puas hati lagi.. novel yang lepas pun tak berjaya memuaskan hati aku. kalau dulu aku memang jugde the book by its cover, tapi kali ni memang tak boleh, aku rasa kena tipu dengan cover buku la.. adoiiiiii 
serius aku terpanggil untuk baca buku sebab cover novel dia yang sangat cun. kenapa cun? sebab aku memang gila basketball, pantang tengok cerita atau apa-apa yang berkaitan dengan bola jingga itu, ( walaupun ada je warna lain.) tapi bola jingga memang sangat boleh menarik perhatian aku. so apa lagi,,, aku rembat la baca buku ni..

walaupun perjalanan cerita agak perlahan tapi aku masih mensabarkan diri untuk menjelajah ke dunia Jelita puteri, sudah la pada awalnya tiada langsung kaitan dengan bola jingga itu, ceritanya pula, banyak yang lompong. pendek kata aku rasa tertipu.

jalan cerita juga biasa-biasa saja. tapi disebabkan ramai sangat lelaki yang misteri dan berdamping dengan puteri, cerita ini menjadi sedikit lompong, mungkin penulis kena fikir terlalu banyak perkara nak mengaitkan watak-watak utama yang pada aku terlebih.. 

ermmm but, last ending lebih baik dari novel yang aku post sebelum ini. banyak juga pengajaran yang kita dapat ambil dari cerita ini. dan aku rasa, niat penulis nak jadikan puteri ini sebagai rujukan remaja pun boleh diambil kira, jangan jadikan kisah balqis dan khairani dalam cerita ini berlarutan. aku salute dengan motif penulis nak terapkan nilai yang sepatutnya remaja kini ambil serius. dia menyelitkan isu percintaan yang berlandaskan keberkatan, tapi untuk penulis muda macam cik Rania aku doakan semoga karya beliau lebih mantap selepas ini, sesuai dengan motif beliau nak memberikan panduan kepada anak muda zaman kini disamping memberikan bentuk hiburan yang disukai orang ramai.


 psstt... cuma aku tak faham jugak, kenapa tajuknya tak mungkin dia.. sedangkan memang 'dia' itu adalah yang aku harapkan untuk Puteri. wakakakkaka..






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...