NOTIS

PERINGATAN!!!!

semua gambar kebanyakan ihsan dari Google, yang aku bahasakan sebagai pak cik gugle, kalau ada aku terambil dari private belog, selalu aku akan creditkan kepada mereka, kadang-kadang ada juga gambar itu dari simpanan aku sendiri.
so......

ambil apa yang korang nak dari blog ni, TAPI give n take la, dah ambil sila promote skit blog ni keyh?? kalau nak letak iklan kat sini sila tinggalkan link nanti aku promote. ingat!!! GIVE N TAKE bubye... selamat berblog~~~

Follow me I will follow U

Monday, May 13, 2013

Selepas Kamu { Sofea Ixora }






Sinopsis belakang Buku:
Alia: “Kenapa hati ini dicipta untuk disakiti berkali-kali? Tidak sanggup rasanya untuk terus disakiti begini. Ya Allah hanya Kau yang mengerti betapa sengsaranya diri ini hanya kerana menagih cinta sejati daripada makhluk bernama manusia.
Tengku Azril: “Alia… Aril bukannya lelaki yang sempurna pun. Namun apa saja yang Aril beritahu Alia sebelum ni, tak ada satu pun dusta. Semuanya benar. Setiap hari Aril mengingati Alia…”
Haqimi: “Tapi kalau Alia berdegil nak bayar juga Qimi terima. Cuma bukan bayar dengan duit tapi Alia kena jadi isteri Qimi.”
Alia pernah bahagia dengan cinta pertamanya, Tengku Azril. Angan-angan mereka musnah untuk hidup bersama atas angkara ibu Tengku Azril sendiri. Lebih teruk, Alia dihalau oleh keluarganya. Lantas dia membawa diri ke Kuala Lumpur.
Tanpa diduga Haqimi hadir mengetuk pintu hatinya. Alia teragak-agak untuk menerima lelaki itu dalam hidupnya. Namun, sebelum dia sempat merasai kebahagiaan bersama cinta kedua, sekali lagi Alia diuji. Haqimi tiba-tiba menghilangkan diri. Lebih bingung dia secara tidak rela menjadi tunang Faris iaitu abang Haqimi sendiri.
Dalam penantian menunggu Haqimi kembali semula kepadanya, Alia dikejutkan dengan kehadiran Datin Zaidah, wanita yang bertanggungjawab memusnahkan impiannya untuk hidup bersama cinta pertamanya. Wanita itu meminta pertolongan Alia agar memujuk Tengku Azril balik ke Malaysia selepas hampir empat tahun tidak pulang ke tanah air.
Ternyata pertemuan Alia dengan Tengku Azril bukanlah pertemuan biasa. Tengku Azril benar-benar ingin memujuk Alia agar kembali kepadanya semula. Hidup Alia yang tenang tiba-tiba menjadi resah dek tiga lelaki dalam hidupnya. Faris, tunang tidak sengaja Alia. Haqimi, bos dan kekasihnya. Tengku Azril, bekas kekasih merangkap tunang tidak jadi.

 Untuk novel kali ni, aku sedikit kecewa..
kenapa aku rasa kecewa? kalau korang baca sinopsis, cerita dia memang lebih kurang la sama dengan sinopsis belakang tu, so tak perlu nak fikir-fikir panjang, cuma... perjalanan cerita mula-mula membuatkan aku memikirkan sesuatu yang lebih baik untuk watak Alia. dan perkara itu memang berlaku, tapi,, yang kecewanya aku rasa sangat tidak patut apabila Alia lebih menyanjungi kekasih lamanya melebihi suaminya yang sendiri. dan aku rasa, sangat tidak patut watak Hakimi di garap lebih lemah berbanding watak Azril. memang aku rasa tak patut.

yup.. Alia akan bernikah dengan Hakimi akhirnya, tapi korang kena baca apa yang berlaku kepada Tengku Azril yang membuatkan kenapa Alia lebih teringatkan Azril, walaupun setelah menerima Hakimi. dan aku sangat tidak puas hati dengan garapan penulis begitu. yang lain aku rasa, novel ni macam biasa, biasa-biasa saja. atau mungkin aku dah biasa di sogok dengan watak utama adalah lebih baik dari watak kedua atau ketiga, yang membuatkan aku melatah begini rupa. maaf untuk penulis. huargggggg!!!! tapi untuk permulaan aku memang enjoy dengan cerita cik penulis kita. teruskan menulis.







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...