NOTIS

PERINGATAN!!!!

semua gambar kebanyakan ihsan dari Google, yang aku bahasakan sebagai pak cik gugle, kalau ada aku terambil dari private belog, selalu aku akan creditkan kepada mereka, kadang-kadang ada juga gambar itu dari simpanan aku sendiri.
so......

ambil apa yang korang nak dari blog ni, TAPI give n take la, dah ambil sila promote skit blog ni keyh?? kalau nak letak iklan kat sini sila tinggalkan link nanti aku promote. ingat!!! GIVE N TAKE bubye... selamat berblog~~~

Follow me I will follow U

Friday, April 5, 2013

Yang Terindah

malam menjadi siang bila hati kita menjadi satu





Okay, straight to novel review..  

Yang Terindah hasil nukilan Anis Ayuni yang menggarapkan sebuah cerita mengenai gadis pingitan bernama Elly yang tidak pernah merasakan kasih seorang ayah. Dari kecil dia merasa cemburu dengan orang yang berada disekililingnya yang mempunyai ayah, namun dia tetap bersyukur kerana masih mempunyai mama dan atuk yang masih menyayanginya. Keakrabannya dengan keluanrga Tuan Zufri (majikan atuknya) menjadikan hari-hari Elly lebih ceria. Kemana sahaja Tuan Zufri pergi, Elly mesti dibawa bersama.

Oleh kerana ketiadaan adik beradik Elly rapat dengan anak-anak Tuan Zufri iaitu Zahari, Diana, Baizura dan Zahra. Diantara mereka semua Zahari dan Diana lah yang paling rapat dengannya. Dengan secara tidak sengaja sayangnya tertumpah kepada Abang Zahari yang kiranya selalu menjdai pelindungnya.

Setelah tamat SPM Elly menyambung pelajaran demi mencapai impiannya. Ketiadaan atuk sedikit sebanyak melumpuhkan semangatnya tetapi kehadiran adik angkat mamanya Imah membantu Elly dan mamanya meneruskan kehidupan. Abang Zahari pula menyambung pelajaran di luar negera. Sesekali dia akan balik untuk menjenguk Elly dan keluarganya di Kota Kinabalu.

Elly langsung tidak menyangka hubungan yang dianggapnya sebagai adik-beradik disalah erti oleh Abang Zahari."salah ke kalau abang mencintai elly? salah ke kalau abang berperasaan begini..selama ini abang hanya memendam perasaan sebab elly tak pernah bagi abang peluang untuk lahirkan perasaan abang". Elly langsung tidak menerima pengakuan Abang Zahari kepadanya.  Dia terfikir bagaimana Abang Zahari dapat mendengar kisahnya mengenai TJ dan Akim yang dahulu pernah menjadi kekasihnya. Apakah perasaan abang Zahari ketika itu. Elly keliru dan membuat keputusan menjauhkan diri dari Abang Zahari. Tetapi perpisahan itu menjerat dirinya sendiri, dia mula sedar akan perasaannya.Rindu yang ditanggunya menyesakkan dirinya. Saat cinta berputik, Dr. Hazlin hadir meruntuhkan impian yang baru dibina. Dapatkah Elly merebut semula hati Zahari?




pss: Aku rasa pengalaman dan kenangan si penulis sedikit sebanyak terangkum dalam ini novel. Sebabnya......korang nak tahu? So..tunggu apa lagi?dapatkan sekarang..wakakakaka



5 comments:

  1. lama xbace novel...err ade yg nk bagi free ke...ehehe ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. errrr encik harith yang kacak,,, kalau nak free sila ke perpustakaan terdekat, jadi ahli, pinjam n baca,,, seronokkk tau??? hihihihih, dah pinjam jangan lupa pulangkan pulak, nanti kene denda... ahaksssss

      Delete
  2. Macam pernah dengar tajuk Yang Terindah. Ni cover baru eh? Dulu cover dia yang bunga2 tuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak silap la... cik aida pernah baca ker?

      Delete
    2. Hehe~ Mesti la pernah. Peminat novel Anis Ayuni jugak. Tapi dah tak ingat macam mana jalan cerita dia.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...