NOTIS

PERINGATAN!!!!

semua gambar kebanyakan ihsan dari Google, yang aku bahasakan sebagai pak cik gugle, kalau ada aku terambil dari private belog, selalu aku akan creditkan kepada mereka, kadang-kadang ada juga gambar itu dari simpanan aku sendiri.
so......

ambil apa yang korang nak dari blog ni, TAPI give n take la, dah ambil sila promote skit blog ni keyh?? kalau nak letak iklan kat sini sila tinggalkan link nanti aku promote. ingat!!! GIVE N TAKE bubye... selamat berblog~~~

Follow me I will follow U

Friday, April 12, 2013

Tiada yang Kedua { Sania Yasmin }



 Sinopsis belakang novel
 
NUR Shahirah Batrisya berasa bahagia menantikan saat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan keluarga. Namun, keindahan malam pengantin yang diimpikan tidak seperti yang diharapkan. Lelaki yang baru sahaja menikahinya membongkar rahsia yang sangat pahit untuk ditelan.

Di birai katil mempelai yang dihias indah, Imran dengan angkuh mengakui hatinya sudah dimiliki. Malam pertama itu juga menjadi saksi Imran melafazkan perjanjian yang tidak diduga. Dua tahun lagi perkahwinan itu mesti dinoktahkan. Shira akur menerima keputusan suaminya. Hanya pilu yang menemaninya membilang hari-hari yang bakal menjanjikan status janda muda buatnya. Sesungguhnya dia kecewa! Semakin hampir dengan hari yang dijanjikan, Shira berperang hebat dengan perasaan keliru yang merantai jiwanya.
Tanpa pengetahuan sesiapa, dia akhirnya melarikan diri kerana lebih rela pergi daripada mendengar lafaz perpisahan yang bakal meniti di bibir Imran. Naluri seorang suami mendesak Imran untuk terus mencari Shira dengan perasaan kesal yang menggila. Namun, pencariannya hampa. Ke manakah Shira membawa diri? 
 
jom baca review aku pula




Novel keluaran Alaf 21 yang bertajuk Tiada Yang Kedua yang ditulis oleh Sania Yasmin. Novel ni menceritakan tentang seseorang gadis yang bernama Nur Shahirah Batrisya yang telah diijabkabulkan dengan lelaki pilihan keluarganya. Tetapi, setelah berkahwin barulah dia mengetahui rahsia dimana suaminya mencintai gadis lain dan membuat perjanjian dimana dia akan diceraikan setelah 1tahun setengah berkahwin. Shira terpaksa akur dengan perjanjian kontraknya bersama suaminya, siapalah dia untuk memaksa lelaki itu bersamanya.

Imran (suami shira) berjanji kepada Niza (gadis yang dicintainya) akan mengahwininya sebaik sahaja dia menceraikan syira. Iman dalam tidak sedar memberi harapan yang tinggi kepada Niza ketika Niza sudah tidak sanggup menunggunya.

Semasa ketiadaan Niza di Malaysia perasaan Imran bertukar sayang terhadap isterinya syira. Imran sendiri tidak tahu mengapa perasaannya tiba-tiba berubah (biasalah lelaki memang macam tu). Sejak dari itu, Imran mula melayan isterinya dengan baik. Syira berasa pelik dengan kelakuan suaminya yang tiba-tiba berubah. Dalam masa yang sama syira takut dia akan kehilangan suami yang telah lama bertahta dihatinya.

Niza pulang dengan perasaan sebal, melihat keakraban Imran dan syira. Dia cuba untuk merebut kembali hati Imran tetapi gagal. Niza mengambil keputusan untuk mendesak syira untuk meninggalkan Imran dengan menggunakan nama syarikat syira bekerja. Oleh kerana ketelanjuran bicara suaminya, Syira akhirnya melarikan diri walaupun dia sendiri tidak rela meninggalkan suaminya.

Rizal muncul dalam hidup syira menjadi penyelamat kepada syira dan anaknya. Dia dalam diam menaruh harapan untuk memiliki syira. Walaubagaimanapun syira tetap tidak menerima orang lain selain suaminya.


pssssttt ~~~~ cerita ni lebih kepada kisah kahwin kontrak, so pada sesiapa yang berminat dengan genre begini aku rasa memang berbaloi korang jadikan sebagai koleksi,kali ni aku tak de nak kasi korang question mark. apa kata korang layannnn dulu.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...