NOTIS

PERINGATAN!!!!

semua gambar kebanyakan ihsan dari Google, yang aku bahasakan sebagai pak cik gugle, kalau ada aku terambil dari private belog, selalu aku akan creditkan kepada mereka, kadang-kadang ada juga gambar itu dari simpanan aku sendiri.
so......

ambil apa yang korang nak dari blog ni, TAPI give n take la, dah ambil sila promote skit blog ni keyh?? kalau nak letak iklan kat sini sila tinggalkan link nanti aku promote. ingat!!! GIVE N TAKE bubye... selamat berblog~~~

Follow me I will follow U

Monday, April 29, 2013

Tertulis buat Kita { Dhiya Zafira }




Sinopsis belakang Novel :
AUNI SOFINA - gadis degil amat benci pada tentera. Namun, ada sesuatu yang mengusik perasaannya tentang Jimmy, seorang komando yang punya karisma tersendiri. Baginya, Jimmy itu cukup menyakitkan hati. Dia tidak boleh membiarkan dirinya jatuh cinta pada lelaki itu. Tidak! Tapi, kenapa lelaki itu sering mengejar bayang-bayangnya? Makin jauh dia berlari, makin dekat Jimmy di hatinya.

“Awak tentera... takkan awak sendiri tak tahu apa yang tentera dah buat?”

JIMMY@MEJAR NAJMI HARIRI – lelaki berbadan sasa agak sukar didekati. Siapa kata komando tidak ada naluri untuk bercinta? Dia sukakan Auni Sofina. Namun, dia perlu mencari sebab gadis itu begitu membenci pada tentera. Dia nampak api kebencian dan dendam kesumat di sebalik senyuman manis Auni Sofina.

“Kalau saya peguam, doktor, petani atau tukang bawa bot ni sekalipun dan bukannya tentera... Auni masih benci saya?”


 masa mula-mula jumpa buku ni, aku tengok cover dia mula terfikir pasal masalah negara yang sedang berperang dengan SULU, well. benar telahan aku, setelah membaca sinopsis belakang novel, ternyata ia mengisahkan tentera, so, aku jadi tertarik untuk membaca lebih lanjut lagi. walaupun  Auni Sofina ditulis menjadi watak utama dalam cerita kali ini tapi aku tidak berpendapat begitu, dan kalau korang nak tahu TERTULIS BUAT KITA adalah sambungan kepada novel penulis yang sebelum ini....



kalau sinopsis duk kata AUni adalah watak utamanya, aku akan kata Afi merupakan heroen dalam cerita ini, kalau sinopsis kata jimmy cintakan Auni, aku lebih merasakan Jimmy cintakan Afi lebih dari Auni. jujur aku katakan, aku tabik pada penulis, kerana di saat orang lebih prefer kepada jalan cerita romantik komedi dan kahwin paksa, tapi penulis tetap teguh dengan genrenya. apa aku kisah? jalan cerita Jimmy, afi dan auni membuatkan aku mencari 3 lagi novel DHIYA yang sebelumnya. terutama cerita sebelum ini. JAUH KAU PERGI, di mana aku dapat kenal sepenuhnya siapa MEJAR NAJMI HARIRI dan kembarnya.

aku tak sangka seorang tentera di olah wataknya menjadi lelaki idaman wanita. serius aku tak pernah jumpa tentera/komando bersifat begitu, ataupun memang aku tidak didedahkan perkara begitu. pada aku kalau dah tentera tentunya garang semedang. tapi penulis bijak mengolah, ataupun memang ada komando seperti Jimmy. Rif, Helmi, lokman? beruntunglahhhhhh... 

kisah sambungan pemberontakan yang berlaku di mana unfinisihed bussiness bagi  pihak tentera membuatkan Mejar Najmi Hariri di hantar ke langkawi untuk menyelesaikan segalanya, tanpa di duga dia jatuh cinta pandang pertama kepada gadis bernama auni sofina. percintaan mereka mudah ke jinjang pelamin. tapi, bergegar hebat setelah sah menjadi suami isteri kerana terbongkarnya satu perkara yang tidak pernah dijangka mereka berdua.

aku rasa penulis sangat sayangkan watak afi dan jimmy, sehinggakan watak mereka begitu dekat dan melekat, sampaikan pada sesetengah part aku rasa Auni bukanlah watak utama di cerita ini. terasa seperti penulis masih sayang untuk mengembagkan lagi peranan Auni. mungkin kerana Afi merupakan separuh jiwa Jimmy. tapi garapan yang sangat menarik, tahniah buat penulis Dhiya Zafira.

kenapa auni bencikan tentera? siapa Jeffri di hati auni? aku nasihatkan sebelum korang baca TERTULIS BUAT KITA, bacalah dulu JAUH KAU PERGI. gerenti korang puas hati dan faham selok belok jalan cerita sebenar. boleh, baca tertulis buat kita dulu, tapi aku rasa korang pun akan rasa apa yang aku rasa, bila baca ni semalam aku rasa macam ada cerita sebelumnya yang aku tak tahu, TERnyata apabila tiba muka surat penghabisan cerita, penulis mengatakan JAUH KAU PERGI akan lebih menerangkan lebih detail mengenai mereka, naaaa... nasihat aku, dapatkan dulu JAUH KAU PERGI.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...