NOTIS

PERINGATAN!!!!

semua gambar kebanyakan ihsan dari Google, yang aku bahasakan sebagai pak cik gugle, kalau ada aku terambil dari private belog, selalu aku akan creditkan kepada mereka, kadang-kadang ada juga gambar itu dari simpanan aku sendiri.
so......

ambil apa yang korang nak dari blog ni, TAPI give n take la, dah ambil sila promote skit blog ni keyh?? kalau nak letak iklan kat sini sila tinggalkan link nanti aku promote. ingat!!! GIVE N TAKE bubye... selamat berblog~~~

Follow me I will follow U

Friday, April 19, 2013

Curi Curi Suka { Liyana Zahim }


Sinopsis belakang buku
 
WALAUPUN dibuang ibu dan kakak kandung, Wisya tabah berdepan dengan apa jua rintangan. Dengan titik peluh sendiri dan sokongan kawan-kawan, dia Berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat ijazah. Insiden jatuh tangga di perpustakaan membuatkan dia malu bertahun-tahun. Apatah lagi disaksikan pula senior bernama Daniel dan Ezroy yang langsung tidak pernah dikenalinya. Sejak detik itu, dia asyik terserempak dengan mereka. Daniel suka menyapa. Ezroy pula suka memerli. Rimas dia dibuatnya!

Malapetaka makin menjadi-jadi apabila pada cuti semester itu dia bekerja sementara sebagai guru tuisyen di sebuah rumah. Ruparupanya rumah itu kediaman keluarga Ezroy! Berdepan dengan lelaki itu memang menyakitkan hati. Ada sahaja yang hendak digaduhkan. Berbeza betul dengan kembar lelaki itu. Ezril berbudi bahasa dan baik pekertinya. Dalam diam, dia curi-curi suka pada seseorang. Entah siapalah yang telah mencuri hatinya. Alangkah indahnya perasaan apabila yang dicintai itu juga mencintai. Tetapi mengapa setiap orang yang dia sayangi seakan-akan menjauh? Bagai ditakdirkan tiada sesiapa yang berhak dikasihinya.

baca sinopsis belakang buku pun dah macam best je, so jom baca review detail aku pula, hope membantu korang. 


  membaca kisah Wisya membuatkan aku teringat dengan banyak novel-novel sebelum ini, kisah biasa seorang gadis yang teraniaya dengan keluarga sendiri, dia terpaksa berusaha dengan kudrat yang ada demi mencari kesenangan hidup di masa depan, sikapnya yang terlalu menjauhkan diri dari orang lain selain dari teman karibnya Dasyila membuatkan dia tidak sesdar sesuatu yang telah membuatkan dirinya akan ditimpa bahaya.

berlaku satu kejadia yang memalukan apabila insiden jatuh tangga di hadapan dua lelaki  paling diidami sekolejnya. insiden tersebut merapatkan hubungan mereka bertiga secara tak langsung. walaupun Ezroy si muka sinis dan Daniel si pan asia sering mengejeknya. entah mengapa wisya begitu sakit hati dengan Ezroy yang selalu saja menyakitkan hatinya, tatkala Ezril si kembar Ezroy melayani Wisya dengan baik, mula terbit rasa cemburu. ala,,, kisah ni kisah biasa korang baca dalam novel2 kolej yang lain. masih genre remaja biasa, tapi yang membuatkan aku tak kering gusi membaca kisah mereka ni, ialah cara penyampaian penulis yang sedikit mencuit hati, ada pulak aku tergelak sorang-sorang baca novel kat tepi jalan sambil menunggu waktu untuk pulang. wakakakaka..

wisya juga unik kerana hobi mengumpul jigsaw puzzle. tak ramai yang aku tahu mempunyai minta sebegitu, dan kumuncak cerita ini apabila nadine kakak wisya muncul yang cemburu dengan kebahagian Wisya. satu insiden berlaku di mana nyawa anak wisya terbunuh, semuanya angkara  orang paling wisya tidak sangka sanggup melakukannya. pedih luluh hatinya saat perkara sebenar terbongkar, 

siapa yang ingin membunuh wisya? mengapa? siapa yang berjaya memiliki hati wisya? adakah DAniel? atau pun si kembar ezroy atau Ezril?  mungkin korang dapat agak, tapi korang mesti tak dapat agak siapa yang ingin memusnahkan wisya. wakakkaka.. penulis bijak menyusun cerita sehingga aku sendiri salah sangka tentang siapa dalang di sebalik semua kemalangan yang berlaku kepada Wisya.

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...