NOTIS

PERINGATAN!!!!

semua gambar kebanyakan ihsan dari Google, yang aku bahasakan sebagai pak cik gugle, kalau ada aku terambil dari private belog, selalu aku akan creditkan kepada mereka, kadang-kadang ada juga gambar itu dari simpanan aku sendiri.
so......

ambil apa yang korang nak dari blog ni, TAPI give n take la, dah ambil sila promote skit blog ni keyh?? kalau nak letak iklan kat sini sila tinggalkan link nanti aku promote. ingat!!! GIVE N TAKE bubye... selamat berblog~~~

Follow me I will follow U

Saturday, March 2, 2013

Tuan Rumah Pembantu Rumah { Orkid Edilyne }

Sinopsis belakang Novel :

"Saya tak ada alasan. Saya tak boleh nak elak. Dah saya rasa macam tu, nak buat macam mana. Awak ingat, hati manusia ni boleh dikawal ke? Ada remote control untuk on, off... Hmm?”

Kata orang, jangan terlampau membenci, nanti akhirnya cinta yang akan diperolehi. Jangan terlampau percaya, nanti merana jiwa.

Sungguh Emir Jihan tidak mengerti, mengapa daripada usikan boleh lahirnya satu rasa yang cukup pelik dalam hatinya. Kenapa sebelum itu, dia tidak pernah rasakan perasaan yang sehebat itu menampar dadanya? Dia jadi bertambah haru jika sehari tidak melihat wajah itu menjadi merah menyala.

Intan Asha Areen, entah dari mana datangnya. Identiti gadis itu langsung tidak diketahui. Hanya yang pasti, dia maid baru dalam vila keluarga Emir Jihan. Dia membawa gayanya tersendiri, mampu menarik hati semua penghuni vila.

Ada rasa yang berbeza timbul dalam diri Emir Jihan dan Intan Asha Areen. Tapi, apa? Adakah rasa itu boleh dipanggil cinta? Kedua-duanya bingung untuk merungkaikannya. Apa yang pasti, kedua-duanya dalam usaha untuk mengerti. Namun, mampukan ia dimengertikan dengan munculnya Taufeeq Badree dan Hanni? Juga krisis identiti Indrian Dani yang mencurigakan.

Akan bersatukah rasa yang bermain di hati Emir Jihan dan Intan Asha Areen? Akan mengertikah mereka berdua dengan perasaan masing-masing? Siapa pula Taufeeq Badri dan Hanni? Krisis identiti Indrian Dani akan dirungkaikah? Adakah tuan rumah dan pembantu rumah bisa mengangkat bendera putih dan mengumumkan kedamaian serta menrungkai semua yang terjadi?


Cerita ni dah lama aku follow dekat belog, frust sangat bila cik orkid bagi tahu yang novel ni akan dibukukan. lama tunggu tau? sekarang baru boleh baca, sedangkan penulis dah ada 3 novel di pasaran. terbaru Kekasih Halal, bukan mainbest jugak la sinopsis cerita dia. hehehehhe..
jom baca Riveiw novel ni dari aku pulak..
kalau korang pun pengikut tegar cik orkid, mesti korang tahu gaya bahasa yang santai dan sedikit mix Bi n Bm kan? aku meamng tak ada masalah dengan gaya bahasa begitu, sekurangnya aku dapat improve my english. walau tak banyak yang membantu. at last aku puas hati dengan kesudahan emir jihan dan asha, walaupun pada masa cik orkid uwarkan yang my maid( tajuk dalam belog ) akan diterbitkan aku dah rasa sakit hati semacam. aku memang jenis yang tak reti sabar nak tahu ending cerita dia, sebab tu aku hanya amik masa 4 jam saja untuk baca sesebuah novel yang betul-betul membuat aku penasaran dengan jalan cerita mereka. tak sangka pula tajuk baru dikemukakan apabila lulus untuk diterbitkan. aku faham, bukan kehendak penulis untuk memilih judul novel, tapi aku rasa penerbit sepatutnya gunakan saja tajuk asal, kerana novel ini terkenal sewaktu di publish di blog, jadi aku rasa ramai di antara kita yang tau my.. maid, tapi jarang yang tahu tuan rumah pembantu rumah adalah cerita yang sama. bayangkan kalau mereka yang tak tahu pun novel ini dah di publish dengan tajuk berbeza, bukan kah rugi?? huhuhu...



psttt... aku tak sabar nak dapatkan novel terbaru cik orkid, KEKASIH HALAL, walaupun orang kata tipikal kahwin paksa, tapi masih tertarik untuk baca olahan cik orkid yang aku rasa sangat la santai dan comel, secomel penulisnya jugak....

3 comments:

  1. hurm novel ni lbh krg mcm crta MAID tu ke..yg femes tu he3...

    ReplyDelete
  2. akak memang citer tu pun, tapi bila publish, penerbit dah tukar tajuk. memang conpius kan??

    ReplyDelete
  3. hehe thanks dear atas review-nye...
    OE rasa OE pun terlupa nak war2kan novel nie dekat blog dan kata yang novel nie dah tukar tajuknya...
    anyway, thanks sekali lagi... ^^
    OE ambil linknye untuk letakkan dalam blog OE... ^^

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...