NOTIS

PERINGATAN!!!!

semua gambar kebanyakan ihsan dari Google, yang aku bahasakan sebagai pak cik gugle, kalau ada aku terambil dari private belog, selalu aku akan creditkan kepada mereka, kadang-kadang ada juga gambar itu dari simpanan aku sendiri.
so......

ambil apa yang korang nak dari blog ni, TAPI give n take la, dah ambil sila promote skit blog ni keyh?? kalau nak letak iklan kat sini sila tinggalkan link nanti aku promote. ingat!!! GIVE N TAKE bubye... selamat berblog~~~

Follow me I will follow U

Wednesday, March 13, 2013

Tiada Noktah Cinta { Emma Maizura }


Sinopsis belakang buku 

Kisah yang menyayat ini mampu membuai perasaan anda. Fitrah yang masih dibelenggu peristiwa hitam ketika dia berperwatakan ''''''''tomboy'''''''' takut menerima cinta Daniel. Entah silap siapa, persahabatan yang indah terjalin dengan Ismadi bertukar menjadi igaun ngeri. Kerana percaya atas dasar sahabat, dirinya dianggap sebagai pencemar maruah.

Ismadi membiarkan Fitrah sendiri mencari harga diri yang telah hilang dan hidup dalam sejarah hitam yang tidak tahu siapa penciptanya. Akhirnya, Fitrah dalam kepasrahan.



" Cinta itu bukan jalinan dua hati tetapi paduan dua jiwa "

Tiada Noktah Cinta merupakan sebuah keluaran Alaf 21 karya Emma Maizura. Penceritaan yang penuh bermain dengan emosi. Penulis bijak menggarapkan cerita sehingga berjaya menarik emosi sesiapa sahaja yang membacanya.

"ampun abah! ampun ibu! maafkan Fitrah"
"sudah! Aku tak mahu dengar lagi. Mulai hari ni kau bukan anak aku lagi! berambus kau dari rumah ni!"
"ibu....tolong Fitrah! Fitrah tak bersalah!"
"berambus kau! berambus!"
jom baca riview saya..



Hampir setiap hari Fitrah menangisi perbuatan keluarga menghalaunya keluar dari rumah dan membawa Fitrah jauh melarikan diri ke Labuan dan bekerja disana. Sedih mengenangkan nasibnya yang malang. Disana seorang lelaki kacukan iaitu Mr. Daniel (boss Fitrah) yang telah memeluk agama islam, merisik Fitrah (setiausahanya) menjadi kekasihnya. Fitrah juga dalam masa yang sama mendambakan Mr. Daniel. Maklumlah boss handsome sangat, sapa yang tak terpikat. Semua staff di syarikat tu mencemburui keakraban Fitrah dengan bossnya.

Apa yang ditakutkan Fitrah telah menjadi kenyataan. Lelaki yang mencalar maruah dan secara tidak langsung menjadi penyebab Fitrah dihalau keluarga, datang ke Labuan untuk bekerja di syarikat yang sama dengan tempat Fitrah bekerja. Sejak itu, hati Fitrah tidak tenteram dengan kehadiran Ismadi lelaki yang merupakan sahabat masa remajanya. Kenangan silam yang sering menghantui dirinya menyebabkan dia tidak boleh memaafkan Ismadi. Ismadi pula semakin mahu mendekati Fitrah kerana masih menyimpan rasa cinta kepada gadis itu. Sejak itu Fitrah lari menhilangkan diri tanpa diketahui Mr. Daniel.
Nur Hidayah sepupu Mr. Daniel pulang ke Malaysia disambut dengan senang hati oleh keluarga Mr. Daniel. Datuk Tan (papa Mr. Daniel) memaksa Mr. Daniel menikahi Nur Hidayah. Dia merasa terhutang budi dengan keluarga Hidayah kerana banyak membantu dalam perniagaannya. Kerana tidak mahu melukakan hati Datuk Tan, Mr . Daniel bersetuju menikahi Hidayah

Suatu hari, Ismadi telah meragut kehormatan Fitrah. Fitrah meminta Jasmine untuk menemani Fitrah membuat laporan polis tetapi takdir menemukan semula Mr. Daniel dengan Fitrah apabila Jasmine tidak dapat datang menemani Fitrah dan meminta pertolongan Mr. Daniel. Malangnya semasa Fitrah membuat laporan polis mengenai Ismadi ayahnya datang menyerangnya dengan mencaci maki anaknya kerana disangkakan membuat perkara sumbang dengan Mr. Daniel. Haji Firdaus seperti orang gila meletakkan pisau ke leher Fitrah sehingga hampir meragut nyawanya. Dengan tidak semena Mr. Daniel dipaksa untuk menikahi Fitrah dan dia merelakannya kerana sangat mencintai gadis itu.

Sehari selepas bernikah dengan Fitrah (tanpa pengetahuan Hidayah dan Datuk Tan) Mr. Daniel bernikah pula dengan Hidayah. Hidayah tidak dapat menerima kenyataan suami yang dicintai telah berkahwin dan sanggup menduakannya. Fitrah berdegil mahu Mr. Daniel menceraikannya kerana dia tidak mahu dituduh perampas suami orang, tapi Mr. Daniel tetap tidak mahu melepaskannya. Fitrah disahkan mengandungkan anak Ismadi setelah pergi membuat pemeriksaan di sebuah klinik. Fitrah mulanya sangat terkejut dan pernah terlintas menggugurkan kandungannya. Akhirnya Fitrah redho dan membuat keputusan untuk melahirkan juga anak yang dikandungnya. Dia juga telah memutuskan setelah dia melahirkan, dia mahu Mr. Daniel menceraikannya. Pening Mr. Daniel memikirkan masalah isterinya. Hakikatnya, dia mencintai dan menyayangi kedua-dua isterinya.

Apakah yang akan berlaku nanti? Adakah Mr.Daniel menceraikan Fitrah?Bagaimana nasib Fitrah? Apa kesudahan kisah Ismadi?Dapatkah Hidayah menerima Fitrah sebagai madunya? Nak tahu? Dapatkan novel ni dipasaran. Tidak rugi baca buku ni, ada banyak bentuk pengajaran dan nilai murni dalam novel ni. Okay selesai cerita ni, nantikan review novel seterusnya ok! Assalamualaikum.. bye!






3 comments:

  1. Replies
    1. abg cik dah baca ker? boleh la kongis review plak.. hehehehhe at least orang lain boleh buat rujukan.. hehehhehe

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...