NOTIS

PERINGATAN!!!!

semua gambar kebanyakan ihsan dari Google, yang aku bahasakan sebagai pak cik gugle, kalau ada aku terambil dari private belog, selalu aku akan creditkan kepada mereka, kadang-kadang ada juga gambar itu dari simpanan aku sendiri.
so......

ambil apa yang korang nak dari blog ni, TAPI give n take la, dah ambil sila promote skit blog ni keyh?? kalau nak letak iklan kat sini sila tinggalkan link nanti aku promote. ingat!!! GIVE N TAKE bubye... selamat berblog~~~

Follow me I will follow U

Saturday, March 23, 2013

Temukanku Dengan Cinta { Ainul Hazrah }



Sinopsis belakang Novel

Pertemuan pertama antara Qaseh Hazwani dan Ikmal Hisham membibitkan rasa benci dan prasangka. Namun, dalam diam masing-masing menyimpan rasa hati. Sayangnya, rasa cinta itu dipendamkan kerana diracuni salah sangka.

Ikmal bukan mata keranjang biarpun Lydia tergila-gilakannya setengah mati. Hanya Qaseh yang tidak mengerti perasaannya. Lydia yang kecewa nekad mahu mengenakan Qaseh. Tindakan Lydia telah menghancurkan kepercayaan Qaseh terhadap Ikmal.

“Awak dah salah sangka pada saya. Saya bukannya nak kahwin dengan dia. Saya tahu awak bencikan saya kerana peristiwa tu. Bagi awak, saya ni lelaki yang tak bermaruah, lelaki yang suka berpoya-poya dan gatal. Itu yang awak fikir tentang saya, kan? Saya sayangkan awak dan nak awak jadi isteri saya.” Ikmal merayu.

Malangnya, Qaseh sudah nekad untuk pergi jauh. Ikmal semakin panasaran. Seorang pergi, seorang lagi menanti… Di manakah titik pertemuan mereka?

“Cinta datang sendiri dan kita tak perlukan sebab untuk jatuh cinta...”

Temukanku dengan cinta memang garapan yang terbaik dari pernulis, cerita tentang dua generasi di tulis dengan begitu sempurna, walau di pertengahan cerita kita di asak dengan masalah yang menimpa tija dan hariez serta qaseg dan ikmal, walaupun watak watak tidak diterangkan dengan lebih jelas, tapi kita masih dapat menyelami keseluruhan cerita, atau mungkin juga kerana temukanku dengan cinta adalah merupakan kesinambungan dari TAK SECANTIK HUSNA. Jadi aku rasa aku perlu mendapatkan juga novel tersebut, mungkin aku akan lebih faham jalan cerita yang sebenar. Banyak perkara yang tergantung, 

So , aku rasa sebelum baca novel ni, lebih baik baca TAK SECANTIK HUSNA terlebih dahulu, pada sesiapa yang sudah pun baca tak secantik husna boleh terus dapatkan TEMUKANKU dengan cinta, aku dah dapat rasakan yang korang mesti nak tahu apa yang jadi dengan tija dan hariez selepas mendapat anak kembar dan selepas 21 tahun hidup bersama, bak kata penulis, hidup ini tak selalu bahagia, sekali sekala ALLAH akan turunkan ujian, ujian dan cubaan itu lah yang mewarnai kehidupan kita. Garapan indah, serta kisah percintaan suami isteri dan kasih sayang antara keluarga boleh dijadikan contoh untuk kita semua. Membaca kisah mereka seolah ia dekat dengan diri kita, tapi penulis sudah pun mengwar-warkan yang kisah itu hanya rekaan semata-mata. Mungkin kematangan penulis membuatkan kisah zarith dan hariez menjadi idaman kepada semua pasangan-pasangan yang berkahwin dalan menuju keluarga bahagia. Siapa yang tidak inginkan rumah tangga yang di bina sentiasa kekal  bahagia sehingga hujung nyawa, sama seperti semasa tempoh bercinta.

Cuma, aku rasa penulis masih terbawa-bawa dengan kisah tija dan hariez, mungkin masih ada cerita yang belum habis disampaikan semasa novel sebelum ini. Hihhi.. kisah qaseh dan ikmal sikit sangat,, hahahahaha tak puas rasa membaca kisah mereka, ataupun penulis akan menyambung lagi kisah mereka dalam novel seterusnya?? Hurmmmm.. tunggu je la kot berita dari ALAF 21. 







psstttt...  tak sabar nak dapatkan 'tak secantik Husna' 




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...