NOTIS

PERINGATAN!!!!

semua gambar kebanyakan ihsan dari Google, yang aku bahasakan sebagai pak cik gugle, kalau ada aku terambil dari private belog, selalu aku akan creditkan kepada mereka, kadang-kadang ada juga gambar itu dari simpanan aku sendiri.
so......

ambil apa yang korang nak dari blog ni, TAPI give n take la, dah ambil sila promote skit blog ni keyh?? kalau nak letak iklan kat sini sila tinggalkan link nanti aku promote. ingat!!! GIVE N TAKE bubye... selamat berblog~~~

Follow me I will follow U

Friday, March 29, 2013

Setelus Impian { Zulaila Zakaria }








 Setelus Impian merupakan sebuah novel terbitan buku prima. Buku ni sebenarnya dah lama dipasaran. Tapi aku baru je berpeluang dapat bacanya. Novelnya mak aii, tebal weyh, setebal isi di dalamnya cewahh.


Sesungguhnya angin kenangan masih menderu
Membawa dedaun ingatan berguguran
Membisikkan gemersik lagu asyik nada rindu
Lantas bertaburan diperdu kasihku
Yang masih setia menanti hadirmu

Begitulah bait-bait puisi yang ditulis oleh Zulaila Zakaria, penulis novel ini. Setelus Impian Aina Qaisara yang menjalani hari-hari yang terlalu pahit buatnya. Aina Qaisara diabaikan oleh uminya Puteri Liyana tanpa sebab dan hanya mengasihi abang kembarnya Aliyan Qairi Mustakim. Kasih terhadap ayahnya pula hilang setelah Aina Qaisara mendapat tahu ayahnya Ahmad Hisyam mengambil keputusan untuk berkahwin untuk kali kedua tanpa menceraikan uminya.
Akibat tekanan, Aina Qistina pernah mencuba untuk membunuh diri tetapi cubaanya gagal. Akhirnya Aina Qistina pergi ke luar negara untuk menyambung pelajaran bersama abang kembarnya.
Selepas 5 tahun, Aina Qistina pulang dengan 1 niat iaitu menghancurkan keluarga tirinya. Dia mahu umi dan ayahnya bersatu semula kerana dia menganggap keluarga tirinya telah merampas kebahagiaan keluarganya. Tetapi, kehadiran Fahim Zaim yang tidak pernah dikenali dan tidak mahu mengenali lelaki itu menjadi penghalang segala niatnya itu. Perkenalan secara tidak sengaja antara Aina Qistina dan Fahim Zaim melahirkan suatu perasaan aneh dalam hidup kedua mereka ini. Gadis yang ego, keras kepala, bongkak membuat hati seorang lelaki yang bernama Fahim Zaim mahu mendekati dan mengenali gadis tersebut dengan lebih dekat. Tetapi dapatkah lelaki ini meruntuhkan ego Aina Qistina dan seterusnya memiliki gadis ini?Siapakah sebenarnya Fahim Zaim?Apa tindakan Aina Qistina seterusnya?

Novel ni aku rasa dah lama sangat. Aku rasa macam kurang faham dengan cerita sebenarnya, nasibla sinopsis kat belakang buku ni membantu. Bagi aku ayat dalam novel ni bahasanya terlalu baku. But overall jalan ceritanya okay la.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...