NOTIS

PERINGATAN!!!!

semua gambar kebanyakan ihsan dari Google, yang aku bahasakan sebagai pak cik gugle, kalau ada aku terambil dari private belog, selalu aku akan creditkan kepada mereka, kadang-kadang ada juga gambar itu dari simpanan aku sendiri.
so......

ambil apa yang korang nak dari blog ni, TAPI give n take la, dah ambil sila promote skit blog ni keyh?? kalau nak letak iklan kat sini sila tinggalkan link nanti aku promote. ingat!!! GIVE N TAKE bubye... selamat berblog~~~

Follow me I will follow U

Saturday, March 9, 2013

Sejujur Hatimu { Umi Azrini }





Assalamualaikum.. hai korang  semua..
Macam biasalah, review novel sudah tiba. Kali ni aku nak buat review mengenai sebuah novel keluaran lama, agak lama jugak la....keluaran alaf 21 karya Umi Azrini yang bertajuk Sejujur Hatimu.. baca tajuknya macam tak best, tapi sekali baca nah penangannya sampai sekarang terasa. Korang nak tahu macam mana penangan novel ni? jom baca review ni..



Novel ini mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Nik Nazrini yang juga dikenali sebagai Reen. Dia merupakan seorang gadis yang berumur 27 tahun dan bekerja sebagai QS (Quantity Surveyor) di salah sebuah syarikat terbesar di Kuala Lumpur. Mulanya Reen dipaksa dan terpaksa mengambil jurusan ukur bahan oleh keluarganya, dia lebih meminati jurusan hiasan dalaman. Tetapi akhirnya dia sedar pilihan keluarganya lebih tepat, buktinya dia memperoleh jawatan yang kukuh di syarikat tersebut.

Reen mula bercinta dengan Iqbal yang merupakan salah seorang yang berjawatan tinggi di syarikat dimana Reen bekerja. Mereka bercinta tanpa pengetahuan ibu bapa Reen tetapi Reen sudah dikenalkan kepada semua ahli keluarga iqbal dan bercadang untuk berkahwin.
Berlakunya konflik apabila Fahrin, sepupu Reen datang dengan niat untuk berbaik-baik dengannya. (Mereka ni ada kisah tersendiri masa zaman kanak-kanak dahulu) Reen dan Fahrin sama-sama ego. Lansung tak boleh duduk dekat. Fahrin pula dicabar oleh Kamal(kamal ni ada niat tersendiri taw) . Dengan menggunakan ikatan persaudaraan, Fahrin dalam diam menghantar rombongan meminang ke rumah Reen. Pada masa yang sama, Fahrin membuat perjanjian dengan Maya, kekasih hatinya. Dek kerana terluka dengan sikap kekasihnya yang langsung tidak menjaga perasaannya, Fahrin menyahut cabaran Maya dengan berlakon menyintai gadis lain.

Reen pula dipaksa berkahwin dengan Fahrin semata-mata kerana ayahnya telah berjanji dengan keluarga Fahrin untuk menyatukan mereka berdua. Reen kecewa dan pada masa yang sama menyesal tidak memaklumkan mengenai iqbal kepada ayah dan ibunya. Dalam keterpaksaan, Reen bersetuju untuk bernikah dengan syarat tarikh dipercepatkan dan membuat majlis akad nikah alar kadar sahaja bagi bertujuan mengugut Fahrin supaya membatalkan pernikahan mereka, tetapi dengan tidak disangka Fahrin bersetuju menikahinya.
Hubungan mereka masih renggang walaupun telah bergelar suami isteri. Dengan takdir tuhan, Fahrin sebenarnya tewas dalam lakonannya, tewas dalam permainan yang direka sendiri. Akhirnya dia telah jatuh cinta kepada Reen setelah dia mengenali dan mendekati gadis itu dengan lebih dekat. Reen pula semakin lama semakin lembut hatinya melihat kejujuran dan keprihatinan Fahrin terhadapnya. Sudahnya mereka saling jatuh cinta, buktinya anak yang dikandungnya yang baru berusia 4 minggu dan mengharapkan kebahagian menjadi milik mereka.

Malangnya, bahagia mereka hanya sementara. Maya kembali dan bertindak menceritakan segalanya mengenai perjanjiannya dengan Fahrin kepada Reen dengan niat ingin merampas kembali Fahrin.
“Cukup Maya!Cukup! Memang I rasa bangga sebab dapat pikat hati Reen. Dapat kahwin dengan dia. Memang I jaguh sebab dapat jinakkan merpati liar macam dia! Sebelum ni memang I tak cintakan dia! Sikap you yang memaksa I! I jugak ada ego! Ada maruah!Dia cuma sebagai alat saja! Hah! Puas!?”

Remuk hati Reen mendengarkan pengakuan suaminya di depan Maya. Saat itu perang dingin dilancarkan semula oleh Reen. Dia pergi membawa hati yang lara ke Brunei setelah melahirkan anaknya. Dapatkah Fahrin memujuk Reen kembali? Bagaimana kesudahan mengenai Kamal? Nak tahu? Dapatkan novel ini dipasaran.

Pss: Perasaan aku baca novel ni tersangatlah geram dengan ego Reen dengan Fahrin ni. Bila berjumpa, ada je yang nak di balahkan. Ape-ape pun cerita ni best. Aku boleh rate 4 dari 5 bintang. Hehe.

13 comments:

  1. saya memang kaki novel..wahh..berita baik nih..thanks for the info
    mohon jengah entry ni..ade sesuatu yg ohsem..rugi x tgk..
    http://wwwzuemygen91.blogspot.com/2013/03/fariz-izhan-abdul-hadi-siapakah.html

    ReplyDelete
  2. saya ni kadang2 je bace novel.. tapi novel kat atas cam best je..
    ni yg nak kena g cari ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang-kadang kite kene tengok riview orang jugak,, sinopsis belakang buku kadang kala memang tidak membantu. harap belog ini dapat membantu.. hehehehhe

      Delete
  3. terima kasih untuk review novel sejujur hatimu. tak sangka masih ada yang sudi baca kerana novel ini sudah lama terbit. tahun 2006 rasanya. terima kasih sekali lagi. semoga ada manafaat untuk yang membacanya... hehe...
    umi azrini, manama-bahain. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. manama- bahrain... typo error... :)

      Delete
  4. ermmm...ingatkn x bestt...skali pndang psti trus pndang...
    lerm lau pa pun .novel nie mmg trbaek.pnya....
    salam::::najmuddin kat korang yang minat..
    assalammualaikum

    ReplyDelete
  5. salam..taw x kt mana da jual n0vel nie.dh lama sy cari tp xjumpa gak

    ReplyDelete
  6. seriusly.. novel nih plg ak mnt antra novel alaf21 y lain. dh lme dh novel ni hilg.. ble pegi bookstore nk reniew blek.. depa habak xda stock.. humm.. rindu nk bce novel ni.

    ReplyDelete
  7. Salam semua..mn nk dpt novel ni ek

    ReplyDelete
  8. Salam semua..mn nk dpt novel ni ek

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...