NOTIS

PERINGATAN!!!!

semua gambar kebanyakan ihsan dari Google, yang aku bahasakan sebagai pak cik gugle, kalau ada aku terambil dari private belog, selalu aku akan creditkan kepada mereka, kadang-kadang ada juga gambar itu dari simpanan aku sendiri.
so......

ambil apa yang korang nak dari blog ni, TAPI give n take la, dah ambil sila promote skit blog ni keyh?? kalau nak letak iklan kat sini sila tinggalkan link nanti aku promote. ingat!!! GIVE N TAKE bubye... selamat berblog~~~

Follow me I will follow U

Sunday, March 17, 2013

Saat Hati Merelakan { Emma Rusdi }


Sinopsis
Wes dan Qismyna, masing-masing punya kisah silam. Kisah percintaan yang tidak bisa diluputkan daripada ingatan. Wes yang masih mencintai Farahymma terus mengejar cinta gadis itu. Qismyna yang masih belum melupakan Adam terus cuba membuang lelaki itu daripada hatinya.

Dalam mereka cuba meneruskan kehidupan, tanpa disedari, mereka telah dipertemukan dalam situasi yang tidak terjangka. Sehingga memaksa untuk mereka hidup sebagai suami isteri, hanya dengan pertemuan beberapa minit.

“Kalau saya jatuh cinta dengan awak, saya akan potong rambut saya hingga paras telinga.”

“Baiklah, saya pula akan hias setiap sudut bilik dengan bunga matahari. Itu tandanya saya telah jatuh cinta pada awak.”

Itu perjanjian yang dilakukan antara Wes dan Qismyna. Biarpun perkahwinan mereka tanpa kehendak hati, namun perkahwinan itu tetap diteruskan. Demi maruah keluarga, dalam tempoh tertentu. Saat hati mula merelakan, muncul Farahymma sebagai penghalang, muncul Adam ingin mengotakan janji.

Qismyna mula tersepit dengan perasaan sendiri. Wes berbelah bahagi antara janji yang dibina dan perasaan yang mula timbul. Apakah Qismyna dan Wes akan terus bersatu? Bertahan lamakah perkahwinan tanpa sengaja antara mereka berdua? Akan adakah antara mereka yang akan merelakan segalanya? Saat hati merelakan, sebarang kemungkinan bisa berlaku. Pahit atau manis, akan direlakan segala.

novel ini pernah di upload di penulisan2, tajuk asalnya ialah kurelakan segalanya. jom baca riveiwnya..




Saat hati merelakan mengisahkan Qysmyna dan Wes yang mempunyai jalan cerita cinta yang sama. Selalu juga aku tertukar kisah cinta mereka, kerana terlalu sama dan dekat sekali kejadian yang berlaku dalam kehidupan mereka. Penulis begitu bijak mereka cerita dan mengolah menjadikan ia seperti tidak dirancang. Korang aku sedikit keliru dengan jalan cerita yang di garap penulis, kenapa? serius, kisah wes dan qysmyna terlalu serupa walaupun berlaku pada pasangan yang berbeza. Dan ironinya mereka tidak pernah berkenalan, walau jaraj antara mereka begitu dekat sekali.

Walaupun wes dan qysmyna tidak pernah berkenalan, tapi takdir menjadikan mereka lebih dekat dek kerana jalan cerita cinta mereka yang sama. Walaupun berlainan pasangan. Nak dijadikan cerita mereka terpaksa berkahwin kerana salah faham walaupun tidak pernah bersua muka, tanpa diduga orang terdekat sekeliling mereka merupakan saling kenal mengenali. Perkahwina mereka ibarat kontrak yang bakal berakhir apabila tiba masanya. Walaupun cerita ini kisah kahwin kontrak biasa yang diutarakan kebanyakan penulis, tapi aku rasa kisah wes dan qis ini, ada kelainan sedikit.

Walaupun sakit hati dengan wes dan hubungan nya dengan farahyma, tapi aku lagi bengang dengan sikap polos melampau qys yang tak pernah sedar dengan keadaan sekeliling. Cuma ada yang aku tak faham hingga ke akhir novel ini. Kenapa wes diberikan nama wes, sedangkan namanya iskandar, penulis tidak pula terangkan lebih jelad tentang itu. hahahah penasaran jugak, nama bukan main sedap lagi, tapi tidak diterangkan pula kenapa di panggil wes, sampai ke hujung cerita aku tunggu, tapi agak hampa kerana tiada penjelasan tentang itu. hahahahha,, 

1 comment:

  1. Freebies bacnkground. Jom singgah http://nursyazlia.blogspot.com/2013/03/freebies-sakura-background.html

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...