NOTIS

PERINGATAN!!!!

semua gambar kebanyakan ihsan dari Google, yang aku bahasakan sebagai pak cik gugle, kalau ada aku terambil dari private belog, selalu aku akan creditkan kepada mereka, kadang-kadang ada juga gambar itu dari simpanan aku sendiri.
so......

ambil apa yang korang nak dari blog ni, TAPI give n take la, dah ambil sila promote skit blog ni keyh?? kalau nak letak iklan kat sini sila tinggalkan link nanti aku promote. ingat!!! GIVE N TAKE bubye... selamat berblog~~~

Follow me I will follow U

Thursday, March 21, 2013

Ceritera Rindu { Leeya Myra }


Sinopsis Belakang Novel
 
IMANINA membesar tidak seperti orang lain bila papa dan mamanya meninggal dunia dalam satu kemalangan yang tragis. ‘Seseorang’ yang dikenali telah menyebabkan kematian itu. Sejak itu dia berazam mahu membalas dendam. Trauma rasa kehilangan menyebabkan Imanina lebih suka menyendiri. Tapi, kemunculan Amin telah mengubat kesepiannya.
 
Bagaimanapun sekeping gambar telah merungkai sejarah hitam yang merantai hidupnya selama ini. Dia dikejutkan hubungan Amin dengan ‘seseorang’ yang menyebabkan kematian ibu bapanya 13 tahun dahulu.

Perasaan sayang bertukar benci. Namun, Imanina bertindak menerima lamaran Amin. Sebagai isteri, lebih mudah baginya menghancurkan hidup suaminya. Amin yang dapat tahu angkara Imanina lantas pergi membawa diri.

Sejak itu, Imanina rasa hidupnya sunyi dan kosong. Sikap Amin yang membisu menyeksa dirinya yang nanar bagai mengejar bayang-bayang. Dia ingin memohon kemaafan, tapi masih adakah ruang di hati Amin buatnya?
Review novel lagi.. walaupun buku ni keluaran dah lama,,hehe seperti biasalah novel-novel genre kesukaanku akan ku kongsi dengan korang semua. Kali ni novel bertajuk Ceritera Rindu hasil karya Leeya Myra. Mula-mula baca novel ni macam kurang best je.. tapi sekali baca, aii...tersangkut daa....... kikiki. Apa-apa pon jom kita baca review novel ni.


Okay cerita ni mengisahkan perjalanan hidup seorang gadis malang kacukan cina melayu bernama Imanina. Nina dihantar ke rumah anak yatim oleh neneknya yang membencinya seperti mana neneknya membenci papanya kerana membawa anaknya iautu mama Iman memeluk islam. Mama dan papa Nina meninggal kerana terlibat dalam kemalangan. Nenek Chia (nenek Nina) menyalahkan Uncle Mat kerana dakwa nenek Chia rakan papanya itu tidak mahu menolong papanya melangsaikan hutang. Sejak itu, Nina berdendam dengan Uncle Mat dan berazam mahu memusnahkan seluruh keluarga Uncle Mat.

Semasa di rumah anak yatim, Nina telah bertukar menjadi Iman dan menjadi dingin dan tidak mahu bergaul di sekolah. Dia sering diganggu oleh kanak-kanak berbangsa cina yang bernama Carmen yang mendakwa ingin menjadi teman rapatnya. Kemudian Iman didatangi pula seorang lelaki dewasa yang tidak mahu identitinya didedahkan dan sentiasa membelikannya hadiah. Puas dia bertanya kepada Bonda Aisyah (pemilik Teratak Sakinah) siapakah gerangan lelaki itu tetapi gagal. Lama kelamaan Iman merasa lebih rapat kepada insan yang mengelarkan dirinya sebagai 'Pak Cik'. Iman telah menganggap Pak cik itu sebagai ayah kandungnya sendiri. Setiap masalah dan aktiviti hariannya akan dilaporkan kepada Pak Cik melalui surat. 

Setelah beberapa tahun, mereka masih tidak jemu berutus surat. Iman berhijrah ke Kuala Lumpur dan bekerja disebuah syarikat penerbitan tempatan. Di sana, Iman bertemu dengan Encik Amin (bos syarikat penerbitan Red Publication) yang sangat tegas dan sering mengenakannya. Amin secara tidak sengaja jatuh cinta kepada Iman kerana sikapnya lain dari pekerja perempuan yang lain. Setelah Iman mengetahui bahawa Amin adalah anak kepada Uncle Mat, rasa ingin membalas dendam membuak-buak. Iman mula bertindak dengan berpura-pura jatuh cinta kepada Amin dan meminta Amin mengahwininya kerana dia berfikir setelah dia menjadi isteri Amin, lebih mudah rancangannya menghancurkan keluarga Uncle Mat. Setelah Amin tahu semua yang berlaku kepadanya angkara Iman, Amin membawa diri meninggalkan Iman. Sejak itu, Iman tidak tentu arah, rasa menyesal menyelubungi dirinya. Berkali-kali dia memohon maaf tetapi Amin tetap mendiamkan diri. Sudah tiadakah ruang dihati Amin buatnya?

Jeng..jeng..jeng..amacam?Emo tak? Hehe.. 
Serius! mula-mula aku baca novel ni puas aku duk fikir siapa 'Pak Cik' tu sebenarnya. (korang baca la novel baru korang tahu siapa Pak Cik tu). Encik Amin pulak ya allah serabut jugak otak aku kalau watak dia ni wujud. Kadang-kadang tu kelakar jugak Encik Amin ni. Nak tahu macam mana ragam Encik Amin ni? Korang cepat-cepat beli buku ni kat pasaran taw. Tak mahal pon..Murah je..




2 comments:

  1. banyak novel nampak..bole pinjam:)hhee

    ReplyDelete
  2. boleh... tp kene jadi ahli perpustakaan... wakkakaka

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...