NOTIS

PERINGATAN!!!!

semua gambar kebanyakan ihsan dari Google, yang aku bahasakan sebagai pak cik gugle, kalau ada aku terambil dari private belog, selalu aku akan creditkan kepada mereka, kadang-kadang ada juga gambar itu dari simpanan aku sendiri.
so......

ambil apa yang korang nak dari blog ni, TAPI give n take la, dah ambil sila promote skit blog ni keyh?? kalau nak letak iklan kat sini sila tinggalkan link nanti aku promote. ingat!!! GIVE N TAKE bubye... selamat berblog~~~

Follow me I will follow U

Monday, February 25, 2013

Tentang Dhiya { Syud }

Sinopsis belakang Novel :

Dhiya Nurlisa dan Azril Mustaufi 'terpaksa' kenal waktu menyiapkan kerja kursus berkumpulan. Aril tak pernah faham kenapa Dhiya membencinya habis-habisan. Padahal alasannya sudah jelas, kan? 

kalau menurut Dhiya Azril tu tipikal group mate : tak datang untuk diskusi, ambil bena tak bena hal kerja, almaklum lah EOP sekadar kertas elektif untuk bakal arkitek itu. sedangkan Azril juga ada alasannya sendiri, untuk semua sikapnya selama ini. cuma  Dhiya yang menyinga tak bertempat. lepas graduate, masing masing bawa diri. Fuhhh.. leganya..!

namun takdir telah menemukan lagi mereka, kali ini dalam suasana tak sama. Seperti biasa Azril masih lagi menjadi 'masalah' kepada Dhiya, lalu apa langkah seterusnya Dhiya?

tidak semua pekara layak di beri peluang kedua, Dhiya. usah tegar memberi peluang jika tahu apa sudahnya. berpalinglah, jika itu yang terbaik.


buku ni dah lama juga,keluar masa tahun 2008 lagi, tapi masih lagi sesuai di baca, kerana jalan ceritanya masih relevan juga dengan keadaan semasa, bagi aku jalan ceritanya sempoi, menampakkan penulis memang seorang pelajar atau pernah bergelar pelajar, kerana sisi hidup Dhiya di tulis dengan terperinci. 

watak Faiz dalam cerita ni memainkan peranan penting selepas watak Azril. walaupun masih dalam kategori cinta remaja biasa. walaupun tajuknya tentang Dhiya tapi, bila korang dah habis baca mesti korang setuju dengan aku suruh tukar tajuknya.. hihihi..  aku rasa mungkin tentang azril lebih sesuai. kenapa? yang tu korang kena
baca sampai habis, novel ni. sebenarnya buku ni dah lama dalam koleksi perpustakaan, tapi baru sekarang baru sempat nak baca.  kalau ikut purata bintang mungkin dari sepuluh, aku hanya boleh bagi 7 bintang. atau mungkin sebab buku ni buku lama. dah banyak sangat buku baru yang terbit aku baca. hurmmm..







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...