NOTIS

PERINGATAN!!!!

semua gambar kebanyakan ihsan dari Google, yang aku bahasakan sebagai pak cik gugle, kalau ada aku terambil dari private belog, selalu aku akan creditkan kepada mereka, kadang-kadang ada juga gambar itu dari simpanan aku sendiri.
so......

ambil apa yang korang nak dari blog ni, TAPI give n take la, dah ambil sila promote skit blog ni keyh?? kalau nak letak iklan kat sini sila tinggalkan link nanti aku promote. ingat!!! GIVE N TAKE bubye... selamat berblog~~~

Follow me I will follow U

Wednesday, February 6, 2013

Teduhan Kasih { Marissa }




 Sinopsis belakang Novel

"Kau ingat dengan anak ni kau boleh paksa aku ubah keputusan aku? Kau nak ugut aku dengan anak kau ni? Eh! Kau jangan haraplah aku akan ikut kehendak kau. Aku tetap ceraikan kau!" -RYZAL.
Sampainya hati Ryzal, hanya kasihnya sudah tertumpah buat Ayu teman baikku sendiri, tergamak dia menyingkirkan aku dalam keadaan begini. Ketika aku mengandungkan anaknya, dia melafazkan talak.
Dan ketika aku merasakan aku sudah tiada siapa-siapa lagi di dunia ini dan jalan yang bakal aku lalui sangat gelap, dia hadir menyuluh kegelapan itu. Sekali gus meletakkan aku di tengah-tengah persimpangan di antara keikhlasan dan kenangan semalam.
"Sebab kita ada Adam. Kita nikah sebab Adam. Apapun yang berlaku, kita hanya fikirkan tentang Adam. Lagipun abang dah bosan hidup begini. Hidup abang benar-benar kosong. Tapi sejak abang kenal Adam, seperti hidup abang terisi dengan sesuatu. Abang mahu kita hidup sebagai sebuah keluarga. Abang tahu pintu hari Iffa tidak akan terbuka untuk mana-mana lelaki lagi, tapi tolong fikirkan cadangan abang ini." -EHSAN.
Aku benar-benar terperangkap. Sedangkan lelaki yang aku cintai separuh nyawa juga dengan mudah berlaku curang. Inikan pula dia, lelaki yang aku sendiri sedia maklum akan masa lampaunya yang kotor. Kelak akan adakah bahagia untuk aku dan anakku? Namun aku tahu hanya dengan Ehsan saja kami menumpang teduh.



Kisah Nurul Iffa yang diceraikan saat dia hamil anak kandung suaminya, parah lagi apabila anak itu dikatakan anak sial, suami yang tidak bertanggungjawab serta ahli keluarga yang menyisihkannya. membuatkan Iffa merasa terbuang, saat ingin melahirkan dia dipertemukan dengan EHsan, lelaki yang sanggup menemaninya melahirkan, 


watak Ehsan merupkan lelaki idaman semua wanita, aku rasa. sebab siapa yang tak nak lelaki penyayang, sabar dan sanggup lakukan apa saja menjaga anak yang bukan anak kandungnya. hanyak kerana saat kelahiran bayi itu menyedarkannya akan kekhilafan yang pernah dia lakukan. penulis menyedarkan kita yang semua manusia pernah melakukan kesilapan. dan kita perlu ingat, yang jahat tidak akan terus terusan berbuat jahat, dan yang baik tak akan selamanya menjadi baik dan dijanjikan syurga, kalau ALLAH nak uji, sekelip mata saja hidayah ditarik mahupun di beri. yang jahat akan menjadi yang terbaik, manakala yang baik boleh berubah menjadi lebih jahat.

sedih dengan kisah hidup iffa, tapi penulis bijak membawa perasaan pembaca supaya tidak terlalu bersedih dengan tragedi hidup Iffa, kasih sayang dan kesetian Ehsan dibalas dengan hidayah yang lebih bermakna, penulis mengajar kita tentang kesetiaan seorang isteri. kalau la ada iffa dan ehsan dalam dunia realiti sekarang, maka aman lah dunia, berkat lah kehidupan mereka.

4 comments:

  1. Replies
    1. sama-sama.. semoga memberi manfaat buat kamu... hihihi

      Delete
  2. ok...tp mcm xbeminat nk beli je ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. xila, tak semestinya beli,, saya pun tak beli semua buku yang saya baca, pinjam atau tukar-tukar dengan kawan, atau cari kat lebry,,

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...