NOTIS

PERINGATAN!!!!

semua gambar kebanyakan ihsan dari Google, yang aku bahasakan sebagai pak cik gugle, kalau ada aku terambil dari private belog, selalu aku akan creditkan kepada mereka, kadang-kadang ada juga gambar itu dari simpanan aku sendiri.
so......

ambil apa yang korang nak dari blog ni, TAPI give n take la, dah ambil sila promote skit blog ni keyh?? kalau nak letak iklan kat sini sila tinggalkan link nanti aku promote. ingat!!! GIVE N TAKE bubye... selamat berblog~~~

Follow me I will follow U

Friday, February 8, 2013

Review Drama Korea { I Miss U } tonton at Tv9


 Buat pertama kali aku cuba untuk menonton drama sedih, selalunya kalau nak tengok cerita atau donload cerita aku akan sort ikut genre dulu. yang pertama menjadi perhatian aku op kos la romantic comedy. dulu aku memang tak layan citer-citer feeling ni, last layan pun masa winter sonata, autum in my heart pun tak tengok detail. wakakakakak.. tapi tetiba rasa nak layan pulak, so aku cuba la layan citer yang sedang tayang dekat tv9 sekarang ni. wohoooo.. jangan tak tahu. tv9 pun dah tayang drama korea..


 kisahnya apabila le  Soo-Yeon lakonan pelakon cilik yang berbakat besar ( Kim so Hyun ) sering di buli kerana dia dikatakan merupakan anak seorang pembunuh, seringkali di ejek dan di hina membuatkan dia merasa terlalu rendah diri, kemudian muncul pula Han Jung Woo ( Yeo Jin Goo ) yang ingin bersahabat denganya, dalam diam dia jatuh cinta pada Jung Woo, tapi disebabkan kejadian yang menimpa mereka berdua, mereka terpisah dan soo yeon hilang, Jung Woo pula ibarat hilang akal mencari Soo yeon kerana merasa bersalah atas apa yang berlaku. tragedi demi tragedi menyedihkan yang berlaku, memang sedih la wok.. credit untuk pelakon muda korea duorang ni. memang sangat pandai berlakon.
mereka membesar dengan berlainan suasana, jung Woo masih mencari soo yeon, walau apa pun yang berlaku, sehingga sanggup meninggalkan keluarganya sendiri. semua yang berlaku sebelum dan selepas tragdei menjadi kenangan yang tak mungkin Jung Woo dapat lupakan, terutama kesedihan dan rasa bersalah yang ditanggung. Soo yeon pula mencuba untuk melupakan segalanya dengan hidup sebagai orang baru.di samping Harry borisson, yang merupakan penyelamat hidupnya. 


Na,,, ini lah Hary Borisson ( Yoo Seung Ho ) comelkan? walaupun hero kedua, tapi aku suka dia, ada sesuatu yang korang perlu perhatikan pasal watak dia ni. jadi korang akan faham keseluruhan cerita.  Nasib dia memang kesian. citer ni memang asyik nagis je, kalau sesiapa yang rasa dah lama tak menangis, tengok la citer ni. tajuknya memang sesuai dengan jalan cerita, hero dan heroen walaupun pada pandangan tak berapa secocok, tapi mungkin dia nak samakan watak dari kecil tu memang sangat sesuai, seolah seo Yeon masa remaja masih sama sehingga dia dewasa kecuali raut wajah yang bertukar kepada ( Yoon Eun Hye ). cara bertutur dan perbuatan yang sama mengingatkan ( Park Yoo Chun ) apabila melihat Seo Yeon. pandai pengarah mencari watak yang hampir sama. mungkin sebab tajuknya I miss u. jadi mereka nak, kerinduan itu sama walaupun mereka berubah wajah dan fizikal.











9 comments:

  1. Replies
    1. tu la,, citer terbaru pulak tu.. hahahhaha ok la untuk peminat korea kan?? hik hik hik

      Delete
  2. Memang sedih..mak x tgk anak2 sek rendah yg rajin tgk siap tgk kat youtube lg..adoi pas tu menagis.sib baik tgk my princess kul 3.00 p.m dia org sek kalo x join sekali

    ReplyDelete
  3. tak tgk citer ni dari awal.sekali dah tgk cm best je.sedih lor..nk cari full episod la.hehehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tgk kat tv9 sekarang. atau pun tgk kat gooddrama.net memang terbaekkkk

      Delete
  4. slm hye2 sorry lmbt ssh sini,tgh cr idea buat entri baru ngehh ^^

    owh blog ni mcm2 ada.akk mmg suka novel dan drama korea.skrg tgh follow i miss you.mmg sesuai watak pelakon ms besar sbb matching dgn muka ms dorg kcl.lagu ost tu pun sedih huwaaaa......

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? hihihi.. dah tgk sampai habis dah.. ending dia ok la, tp kan kalau pengarah ikut skrip yang lagi satu tu entah apa la ending dia.. kalau nak tahu tgk la citer ni sampai habis. hehehehhe

      Delete
  5. TV9 pun dah habis airing drama ni? saya tak habis lagi tengok lagi... sangat minat dengan pelakon kecil lelaki tu and yoo seung ho...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? sweet je, nanti dah besar mesti jadi pelakon populor, macam yoo chul jugak.. hahahahah

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...