NOTIS

PERINGATAN!!!!

semua gambar kebanyakan ihsan dari Google, yang aku bahasakan sebagai pak cik gugle, kalau ada aku terambil dari private belog, selalu aku akan creditkan kepada mereka, kadang-kadang ada juga gambar itu dari simpanan aku sendiri.
so......

ambil apa yang korang nak dari blog ni, TAPI give n take la, dah ambil sila promote skit blog ni keyh?? kalau nak letak iklan kat sini sila tinggalkan link nanti aku promote. ingat!!! GIVE N TAKE bubye... selamat berblog~~~

Follow me I will follow U

Monday, February 4, 2013

Kerana Sebiji Epal { Shahriah Abdullah }



Sinopsis belakang Novel
Kerana sebiji epal, Najla telah ditinggalkan Herman.Hidup Najla mula terumbang-ambing setelah ditinggalkan Herman. Setelah mengenali Khairy, Najla mula bangkit semula. Lama-kelamaan terbit rasa cinta di hati Najla. Namun hubungan mereka mendapat tentangan hebat daripada Datuk Nordin dan Datin Munira. Akhirnya Najla jatuh sakit. Dia telah dirawat oleh Doktor Ikmal. Doktor Ikmal pula terpegun melihat wajah Najla yang seiras dengan wajah arwah isterinya, Sheila. Dia mula menganggap Najla seperti isterinya. Apakah yang akan terjadi seterusnya? Antara Herman, Khairy dan Doktor Ikmal, siapakah yang menjadi pilihan Najla? Adakah Herman? Adakah Khairy? Ataupun Doktor Ikmal?


Kerana sebiji epal, tajuk yang simple, mula-mula tengok cover buku ni rasa macam nak makan je, epal merah, cantik, ranum je. buat aku terliur, walau realitinya aku bukan pemakan epal pun. bukan tak makan langsung, tapi kalau tak ada tak la sampai nak g cari kat kedai. ermmm...

kerana sebiji epal mengisahkan cinta Najla, gadis cantik anak datuk yang mengharungi liku liku hidupnya yang berdepan dengan penyakit misteri, atau lebih tepat lagi penyakit yang disebabkan ilmu hitam. sebenarnya kalau orang kata tak percaya yang zaman IT di zaman moden ini dah tak ada perkara karut marut ni,,, jawapan aku... orang tu bukan berada dalam dunia realiti. aku pecaya, zaman serba moden ini lebih ramai orang yang percaya kan perkara karut marut untuk mencapai apa saja hajat yang diingini dengan cara salah. semakin moden peredaran zaman, semakin tak bertamadun pemikiran sesetengah orang. serius, aku sendiri pernah melihat dengan mata kepala aku kes-kes buatan orang, mungkin agak terpencil, tapi memang ada.

penulis mungkin menjalankan research terperinci, kerana sebahagian yang diceritakan memang pernah berlaku kat sekitar kehidupan aku. aku kagum dengan imaginasi penulis, dia menggarapkan jalan cerita dengan berkesan, watak najla diolah dengan begitu baik, walau aku sendiri terfikir, masih adakah wanita yang setabah dia. mungkin ada yang tabah, tapi entah ada atau tidak yang sanggup melupakan perkara yang terjadi kepada dirinya. tragik. sedih. dramatik sungguh kisah hidup najla itu yang aku dapat gambarkan masa membaca buku ini.

sungguh, novel ini lain dari kisah cinta yang lain. mungkin sesiapa yang mencari kelaian boleh mula membaca kisah najla, kalau tak silap aku, kerana sebiji epal ini adalah gabungan dari 2 buku yang pernah beliau terbitkan sebelum ini. KAU MAWARKU dan KISAH NAJLA, aku tak pernah baca lagi. mungkin kalau ada masa aku akan cuba cari.

owh.. kenapa tajuk buku ini kerana sebiji Epal? hahahha... korang akan tahu kenapa selepas baca buku ni, actually aku tak berapa setuju dengan tajuk buku ni.. hahahahahah...

seperti biasa pesanan penaja, jadikan yang baik sebagai tauladan yang buruk jadikan sempadan dan perbaiki, sesungguhnya pintu taubat sentiasa terbuka.


psstttt... aku baru perasan yang penulis ni pernah masuk Master Chef musim ke dua. patutlah masa duk tengok-tengok MasterChef tu, duk perasan kan seorang akak cantik tu.. masa tu tak terfikir pun beliau seorang penulis, hahahahahha... kalau nak tahu lanjut pasal beliau boleh la klik sini





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...