NOTIS

PERINGATAN!!!!

semua gambar kebanyakan ihsan dari Google, yang aku bahasakan sebagai pak cik gugle, kalau ada aku terambil dari private belog, selalu aku akan creditkan kepada mereka, kadang-kadang ada juga gambar itu dari simpanan aku sendiri.
so......

ambil apa yang korang nak dari blog ni, TAPI give n take la, dah ambil sila promote skit blog ni keyh?? kalau nak letak iklan kat sini sila tinggalkan link nanti aku promote. ingat!!! GIVE N TAKE bubye... selamat berblog~~~

Follow me I will follow U

Wednesday, February 20, 2013

Biarlah YM bicara { Hanni Ramsul }







Sinopsis belakang novel:

Abang Kamal… Walaupun segunung cinta yang kau hadiahkan padaku, terasa tidak akan merawat pedih tingkahmu pada diri ini. Namun, mengapa ketulusanmu akhirnya memercik simpati di hati? Membuat hatiku berlagu sendu? Mengalun irama indah di hati…

Encik Firdaus… Memandang wajahmu, mengapa debar sering bertandang? Cintakah itu? Sungguh aku tidak pasti kerana cinta memang tidak pernah wujud di hati ini. Dan kalau bukan cinta, kenapa pula cemburu sering mengejar langkah ini? Cemburu pada bahagiamu yang tidak bertepi…

Charming… Siapa pun engkau, mengapa aku rasa begitu rapat padamu? Hatiku begitu hampir denganmu. Derai tawamu, membelai bahagiaku. Bicara tanpa wajahmu, membuat aku kelemasan menanggung rindu. Sungguh aku ingin mewujudkanmu di alam nyata.

Namun, keberanian tidak pernah muncul di hati ini, sedang citaku cuma satu. Menjadi suri di hatimu…

Aku… Aku penasaran sendiri. Penasaran dalam mencari erti cemburu dan rindu. Mentafsir di mana letaknya cinta, sayang dan simpati. Kelirunya pabila semua rasa berkumpul menagih pada hati yang satu. Sungguh aku penasaran melalui simpang-siur permainan duniawi ini



 psstt... Novel ni memang novel dah lama, kenapa aku letak jugak? kerana aku rasa aku rindu dengan gaya penulisan yang dulu, cerita cerita membuai hati dan perasaan, cerita ini aku baca masa zaman muda remaja aka bujangan lagi.. wakakaka.. dan aku rasa ini antara novel terbaik pernah aku baca. sekarang aku tengah mencari ada novel lama yang dalam simpanan yang sangat la menarik untuk dibaca.. so tunggu.. jom baca review yang ni dulu... 


Biarlah YM Berbicara. Sebuah novel karya Hanni Ramsul. Rasa suka, rindu, sayang, marah & geram, semuanya terselit dalam novel ni.
Ceritanya bermula apabila Adiya (heroin novel ni la) bekerja di sebuah pejabat yang mempunyai seorang bos yang tersangat la hensem, bak kata Diya “senyumanya tu boleh buat orang tergoda” ha sendiri bayang la macam mana muka bos Diya tu. Aku sendiri pun terbayang muka Adi Putra, pelakon yang sweet sangat tu.
En. Firdaus (merangkap bos Diya) dalam diam dah jatuh hati pada Diya. Diya pulak dah lama bermain cinta dengan Charming, jejaka YM yang mampu membuat hari-hari Diya penuh dengan bunga-bunga ceria. Abang Kamal yang sejak dari zaman sekolah menanti Diya sehingga kini. Tapi kisah silam membuatkan Diya benci pada Abang Kamal. Johan (office mate Diya) juga telah jatuh cinta pada Diya tapi sayang, Diya menolak. Johan membawa diri dan bersetuju dengan pilihan orang tuanya dan akhirnya bertunang dengan gadis tersebut. Haih ramainya yang suka Diya ni. Mungkin sebab dia ni comel kot. Untungnya Diya.
En. Firdaus meminta pertolongan Kak Lisa (merangkap setiausahanya) untuk merisik Diya. Kisah-kisah lucu berlaku pada Hari Mesra Pekerja dimana kecoh apabila Diya digandingkan bersama En. Firdaus dalam game TRESURE HUNT. Ditambah pula dengan kekecohan mulut Sharifah (rakan baik, merangkap room mate dan juga office mate Diya). Disana , muncul pula Cik Mia disisi En. Firdaus. Hah, siapa pulak Cik Mia tu? Dalam sedar atau pun tidak, terselit rasa cemburu Diya pada hubungan intim Cik Mia dengan bos tampannya tu. Sudah jatuh cintakah Diya pada En. Firdaus?
Dapat ke Diya bersatu dengan Charming (jejaka YM yang sangat dicintai) tu? Atau mungkin dengan En. Firdaus (jejaka yang mampu membuatkan jantungya tidak berhenti berdegup saat bertentang mata)? Apa yang akan terjadi pada Abang Kamal? Mungkinkah Diya memaafkan perbuatan Abang Kamal?
Hah apa lagi, dapatkan buku ni dipasaran sekarang. Nak beli online pon boleh. Ni webnye http://kakinovel.com/index.php?page=shop.product_details&flypage=flypage.tpl&product_id=56&category_id=1&option=com_virtuemart&Itemid=9. Selamat membaca lah ye.
Aku harap sangat ada seorang penerbit drama yang sanggup buat cerita ni. Kan banyak drama sekarang diadaptasi dari novel-novel tempatan. Hah, yang pegang watak En. Firdaus tu aku suggest Adi Putra, tapi heroinnya aku tak dapat nak bayangkan sape. Cuba korang suggest sket, sape yang patut jadi Diya kalau drama ni diwujudkan?


dan yang lebih menarik lagi cerita ini disambung di belog penulis, Hannu Ramsul, tajuknya Biarlah YM terus bicara, aku sendiri tak sempat lagi nak baca, hari tu just tengok-tengok saja, mungkin apabila dibukukan nanti baru ada peluang membaca kot? hehehehe.. kalau korang minat nak baca online, sila terjah ke belog beliau aka manisnya kenangan
klik sini

 









No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...