NOTIS

PERINGATAN!!!!

semua gambar kebanyakan ihsan dari Google, yang aku bahasakan sebagai pak cik gugle, kalau ada aku terambil dari private belog, selalu aku akan creditkan kepada mereka, kadang-kadang ada juga gambar itu dari simpanan aku sendiri.
so......

ambil apa yang korang nak dari blog ni, TAPI give n take la, dah ambil sila promote skit blog ni keyh?? kalau nak letak iklan kat sini sila tinggalkan link nanti aku promote. ingat!!! GIVE N TAKE bubye... selamat berblog~~~

Follow me I will follow U

Thursday, February 28, 2013

Aku Janda Kau Duda { Airis Dania }

Sinopsis belakang Buku
Kerana sebuah janji, hidup Nur Anisha dibelenggu resah. Kerana janji itu jugalah yang menjadi penyebab kemalangan Adam Hasif sehingga dia lumpuh.

Walau bagaimanapun, Adam Hasif tetap menuntut agar Nur Anisha menunaikan janjinya. Adam Hasif sudah berubah daripada seorang lelaki yang baik menjadi seorang lelaki yang obses dan cemburu.

Pada waktu yang sama, hadir Imran Rifqi meluahkan rasa cintanya pada Nur Anisha. Imran Rifqi mempunyai ciri-ciri lelaki yang menjadi impian hampir setiap wanita. Lelaki yang bijak, penuh pengertian dan kemesraan. Nur Anisha bingung untuk memilih. Keresahan hati Nur Anisha bertambah dengan kehadiran, Khairi. Khairi masih tetap setia menunggu Nur Anisha walapun Nur Anisha sudah berkali-kali mengatakan dia tidak mencintai Khairi.

Siapakah yang akan menjadi pilihan Nur Anisha? Sanggupkah Nur Anisha mengingkari janjinya pada Adam Hasif semata-mata untuk memilih Imran Rifqi? Adakah Khairi akan terus setia menunggu?


jom baca review aku tentang novel ini...
Tajuknya memang kelakar aku rasa, bukan tipikal novel biasa. tajuk dan jalan cerita memang selari,  tajuk memang dah menggambarkan keseluruhan jalan cerita, orang yang tak baca habis lagi pun tahu yang mereka akan bersatu juga, namun dengan status berbeza, bukan seperti pasangan bercinta yang lain. korang patut baca mengapa watak heroin dalam cerita ini menjadi janda, dan mengapa dia sanggup menjadi isteri kepada lelaki yang tidak dicintai. aku berpendapat penulis mencari titik persamaan untuk watak utama dalam cerita ini. mungkin nampak adil kalau lelaki dan wanita itu berkahwin dengan status yang sama, tapi mungkin dalam sesetengan orang status bukan menjadi ukuran.

korang akan rasa sakit hati dengan watak kak hawa dan anisha. kak hawa dengan perangai jeliknya manakala anisha dengan naifnya. serius aku  memang sampai tahap bengang bila baca novel ini. kalau korang nak rasa tahap kebengangan aku sila baca okey???













No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...