NOTIS

PERINGATAN!!!!

semua gambar kebanyakan ihsan dari Google, yang aku bahasakan sebagai pak cik gugle, kalau ada aku terambil dari private belog, selalu aku akan creditkan kepada mereka, kadang-kadang ada juga gambar itu dari simpanan aku sendiri.
so......

ambil apa yang korang nak dari blog ni, TAPI give n take la, dah ambil sila promote skit blog ni keyh?? kalau nak letak iklan kat sini sila tinggalkan link nanti aku promote. ingat!!! GIVE N TAKE bubye... selamat berblog~~~

Follow me I will follow U

Wednesday, January 23, 2013

Tragedi Cinderella { Amylin Asyikin }

Lagi novel Alaf 21, tengok tajuk memang aku mengharapkan sesuatu yang ektrem dari genre membuai-buai. mula-mula pembacaan, aku rasa macam tak 'masuk' dalam ini cerita, lama kelamaan aku cuba juga untuk membiasakan diri. apa yang aku boleh komen jalan cerita yang di garap penulis memang sangat menarik dan lain dari yang lain, walalupun beliau mengambil cinderella sebagai asas utama. mungkin aku boleh cakap kat sini mengapa aku rasa tak masuk dalam cerita ni, SEBAB, jalan cerita dan penceritaan dah fantasi, mungkin kalau penulis dapat memikirkan atau menggunakan nama watak yang sedikit unik atau lain dari yang lain, aku rasa mungkin akan lebih menarik. bayangkan cerita bukan main fairy tale tapi, nama watak mengspoilkan sedikit, hahahahha.. ini pendapat aku, jalan cerita memang tak ada masalah, aku suka, memang benar jangkaan aku, tragik betul, 

tahniah juga penulis, masih mengekalkan eleman dakwah dalam diam, tak semua manusia yang melakukan kesilapan akan sentiasa berada dalam kancah kehinaan, yang penting niat dan bimbingan masyarakat sekeliling, aku harapa pembaca dapat menilai baik buruk yang penulis ingin ketengahkan .

sinopsis belakang Novel lebih kurang sama saja dengan apa yang aku patut ceritakan, korang perlu baca kesudahan cerita lisa dan Putera airil. dan apa pembalasan untuk Adam. 


Dek kejelitaan dan keanggunan yang dimiliki oleh Lisa, dia dicemburui oleh gadis-gadis di seluruh NiuryLand. Dia hanyalah orang biasa yang tak punya apa-apa, namun dialah Cinderella yang berjaya mencuri hati Putera Airil dalam suatu majlis tari-menari.
Bermulalah episod percintaan antara dua insan yang bagai langit dan bumi ini. Namun di sebalik percintaan mereka, Lisa sedang menjalankan suatu misi. Misi yang diputarbelitkan oleh lelaki tamak bernama Adam. Kerana kasih yang kian mekar, Lisa tidak tegar mempersendakan perasaan putera raja itu lalu dia membawa diri jauh dari NiuryLand.

Segala-galanya menjadi gelap-gelita bagi Putera Airil. Dia terkapar-kapar hidup tanpa Lisa di sisi. Gadis itu hilang entah ke mana. Untuk mempertahankan cinta sucinya, dia bangkit dan mencari Cinderellanya. Lisa harus ditemui untuk menjadi suri hatinya dan hidup bahagia di istana. Maka bermulalah tragedi yang tidak disangka-sangka... 





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...