NOTIS

PERINGATAN!!!!

semua gambar kebanyakan ihsan dari Google, yang aku bahasakan sebagai pak cik gugle, kalau ada aku terambil dari private belog, selalu aku akan creditkan kepada mereka, kadang-kadang ada juga gambar itu dari simpanan aku sendiri.
so......

ambil apa yang korang nak dari blog ni, TAPI give n take la, dah ambil sila promote skit blog ni keyh?? kalau nak letak iklan kat sini sila tinggalkan link nanti aku promote. ingat!!! GIVE N TAKE bubye... selamat berblog~~~

Follow me I will follow U

Sunday, January 27, 2013

Review Korean Drama { School 2013 }

 Okey, buat pertama kali aku nak cerita pasal Drama yang belum habis lagi ditayangkan, tak sanggup nak tunggu habis cerita ni, memang gile besh... drama terbaru lakonan Jang Na Ra dan Daniel Choi. mengisahkan Jang Na Ra seorang guru yang betul-betul inginkan kejayaan buat anak muridnya yang mempunyai pelbagai ragam, disamping melayan kerenah ibu bapa yang telalu mendesak. dilema seorang guru digarap hebat oleh penulis dan pengarah, apabil jalan cerita guru dan permasalahan mereka ditonjolkan akan menjadi tauladan buat penonton.



 kehidupan sebagai pelajar diterjemahkan dalam cerita ini apabila setiap permasalah dikupas dengan baik, memang tidak dinafikan perkara yang ditonjolkan pernah berlaku dalam kehidupan sebenar kita. pelajar dengan ragam pelajar, manakalan guru juga dengan ragam guru, ditambah pula dengan ibu bapa yang selalu menggunakan kuasa yang ada untuk mencampuri urusan sekolah yang sepatutnya di selesaikn pihak sekolah sehingga kadang kala menggangu gugat perjalan sekolah, yang paling teruk menganggu gugat kehidupan serta mental anak-anak mereka sendiri.

 ohhh.. hero pujaan baru. sangat cool. walau tak sehensem lee min Ho,
 Lee Jong-suk      memang pandai memainkan watak dia. ohhhh.. tiba-tiba terjatuh hati kat lakonan dia sebagai Go nam soon.. hhahahahaha
 
 dua guru yang berlainan perwatakan tapi mempunyai misi yang sama. berlainan cara tapi akhinya menemui jalan yang sama. mereka memang sweet sangat kalau digandingkan berdua.. teringat pula cerita baby faced beauty dulu.. jom tengok sini memang beh.. hihihi


kalau pelajar perempuan pulak heroen dia PArk Se young,  ala yang berlako jadi maharani dalam citer FAITH sekali ngan Lee Min Ho tu la.. hohoho.. aku ingatkan dia ni dah tua, tapi sebenarnya masih muda lagi, berlakon macam dah pro sangat.. memang berjaya la dia bawak watak maharani tu. kalau dalam cerita ni dia jadi seorang gadis yang dingin. memang sesuai sangatla dengan muka sombong dia tuh.. wakakakkaka yang lelaki kat sebelah tu pulak kawan Nam Soon, Park Heung Soo lakonan Kim Woo Bin.hhha,, dia ni pun ada aura sendiri, memang sekali tengok tak hensem, tapi watak dia dalam cerita ni memang menyerlahkan aura cool dan cute dia.. wakakakaka.. kalau korang tengok dan hayati jalan cerita dia sure korang faham apa aku bagitahu ni.

kalau perasan ada perempuan rambut pendek tu situ. aku suka watak lee kang joo, pelakon baru kot? nama dia Hyo Young. memang nampak sangat cool, tapi comel, sebab cerita ni tak habis lagi, jadi aku memang tak tahu apa kesudahan cerita ni, walaupun ada 16 episod je, tapi aku rasa macam tak cukup je nak tengok mereka lagi.. hahahah memang excited gila aku dengan cerita nih. teringat balik zaman sekolah dulu. sama tapi mungkin tak serupa.. wakakakakka





Apa yang paling berkesan sekali dalam citer ni bila aku sebak dan mengalirkan air mata melihat pergorbanan cikgu Jung In jae lakonan Jang Na Ra episod awal-awal di mana dia tak sanggup nak rotan  pelajar dia, sehinggakan dia sanggup pukul setiap tapak tangan murid dia dengan tapak tangan dia sendiri, bayangkan 10 pukulan kepada lebih kurang 20 pelajar, dengan tapak tangannya sendiri, hingga pecah tapak tangan dia, memang aku menagis sakan masa tu. memang betul tersentuh. ada lagi tak cikgu begitu zaman sekarang ni? hanya kerana ikhlas dan komited dalam mendidik anak bangsa. aku rasa cerita ni memang boleh dijadikan pengajaran, banyak nilai -nilau murni yang kita boleh jadikan contoh, terutama untuk mereka yang bergelar guru dan pelajar. bukan niat nak menggagungkan budaya mereka, tapi apa salahnya yang baik kita jadikan tauladan? aku rasa tak salah daripada kita terlalu ikutkan budaya barat yang memang dah tentu tersasara jauh dari adat ketimuran yang diamalkan kita.
 


jom tengok online Drama School 2013 : GOOD DRAMA





2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...