NOTIS

PERINGATAN!!!!

semua gambar kebanyakan ihsan dari Google, yang aku bahasakan sebagai pak cik gugle, kalau ada aku terambil dari private belog, selalu aku akan creditkan kepada mereka, kadang-kadang ada juga gambar itu dari simpanan aku sendiri.
so......

ambil apa yang korang nak dari blog ni, TAPI give n take la, dah ambil sila promote skit blog ni keyh?? kalau nak letak iklan kat sini sila tinggalkan link nanti aku promote. ingat!!! GIVE N TAKE bubye... selamat berblog~~~

Follow me I will follow U

Tuesday, January 8, 2013

Perempuan Lindungan Kaabah { Hana Ilhami }



Kalau tengokkan tajuk mungkin ramai yang tak tertarik, mesti korang ingat cerita ni macam ayat-ayat cinta, tapi Tettttttt.. memang meleset sekali la, aku pun mula-mula fikir macam tu. tapi bila dah baca memang meleset sungguh... wakakakka.. ternyata memang best kalau nak dibandingkan dengan ayat -ayat cinta yang agak slow, walaupun jalan cerita dia memberi pengajaran yang baik. ( ini pendapat aku )

Hanan, ustaazah muda digelar perempuan lindungan Kaabah kerana sifat muslimah yang ada dalam dirinya. Niatnya yang sentiasa untuk menuju redha Ilahi selalu di tonjolkan dengan sifat-sifat muslimah serta amalan-amalan sunat yang sangat jarang dilakukan gadis muda sebaya denganya. kehadiran Alex yang terbuka pintu hati untuk mempelajari Islam membuatkan Hanan jatuh cinta pada lelaki non-muslim itu atas dasar untuk menarik Alex menjadi seorang Muslim.

perkahwinan hanan dengan Reez yang ditentukan oleh ibu reez yang merupakan majikan kepada Hanan membuatkan impian mereka berkecai, dan kerana dakwah jugalah Hanan terima semuanya, tapi siapa sangka perempuan lindungan kaabah juga ternyata banyak perkara yang perlu diperbaiki, aku suka garapan penulis, watak Hanan walaupun sebagai watak utama tapi tidak di tulis sebagai heroin yang sempurna, tepat sekali dengan kata pepatah, semua manusia tiada yang sempurnna. dalam diam Reez yang jauh tersasar dari agama yang membawa Hanan lebih dekat dengan apa yang diimpikan selama ini.

Alex dengan Reez ada hubungan kaitnya, korang akan terkejut kalau tahu apa hubungan mereka, sadis sungguh bila ALex dapat tahu Hanan telah pun dimiliki oleh Reez. siapa pula Amir di mata Hanan? lelaki yang selalu memberi nasihat dan dorongan kepadanya. oooohhhh,, bukan senang menjadi perempuan lindungan Kaabah.

HANA ILHAMI menjadikan medium penulisan novel sebagai medium untuk menyampaikan dakwah, aku salute dengan beliau. aku harap karya beliau akan lebih banyak ke arah membawa anak muda ke arah yang lebih baik. Aku sangat cadangkan Novel ini untuk semua peminat novel, siapa yang tidak seakan berminat, cuba cuba la menjadikan novel ini sebagai contoh dan teladan untuk kita dalam menjalani kehidupan harian. aku tak kata semua boleh dijadikan contoh, penulis pun bukan seorang yang sempurna, mungkin ada satu dua yang perlu di tambah baikkan lagi, tapi aku berpegang pada kata, YANG BAIK jadikan teladan, YANG BURUK jadikan sempadan dan pengajaran. yang paling penting, aku banyak belajar perkataan baru, contohnya:  khalik, ikhtiklas.



sinopsis Novel :

PEREMPUAN LINDUNGAN KAABAH. Itulah gelaran yang diberikan oleh orang di sekelilingnya kepada Hanan disebabkan sikapnya yang sempurna sebagai seorang Muslimah yang solehah.
Kehadiran lelaki yang mendambakannya menjadi seorang isteri telah menyebabkan hati Hanan keliru untuk memilih di antara jasa dan rasa...

“Hanan, selama ini saya mengetahui Islam dengan lebih mendalam dari awak. Itupun melalui e-mel atau telefon. Setiap kali saya nak ajak awak keluar, awak selalu menolak. Awak tak sudi ke keluar dengan saya?”- Alex

“Hanan! Akan aku pendamkan sahaja cinta ini di dalam lubuk hatiku…”- Amir
“Mummy nak Reez kahwin dengan ustazah? Tiap-tiap hari dengan bertudung litupnya, sampaikan dalam rumah ni pun bertudung. Kalau Reez ajak dia pergi club atau karaoke ke, mummy rasa dia nak pergi tak?” - Fareez
Demi membalas budi, Hanan berkorban atas maksud dakwah. Hanan akhirnya memilih lelaki yang tak pernah difikirkan akan menjadi pasangan hidupnya. Tapi dengan sikap lelaki itu yang sering sahaja mengabaikan perintah Tuhan serta kehadiran Sally sebagai teman wanita telah menguji bahtera yang dibina.
“Aku tak seksi... Dengan imej jubah dan tudung labuh ini terlalu janggal rasanya untuk aku berada dalam dunia Abang Fareez. Pasti aku ini bukan pilihannya, malah aku sendiri pun tidak pernah bermimpi untuk hidup bersamanya.” - Hanan
Demi mendapat reda Ilahi, Hanan cuba bertahan dan memenangi hati lelaki bergelar suami. Tapi... perlukah Hanan mengorbankan prinsip-prinsip hidupnya demi kebahagiaan yang dia sendiri tidak pasti? Di antara cinta kepada suami dan cinta kepada Ilahi, yang manakah harus diutamakan?





6 comments:

  1. Masya-Allah! Sangat terkesima dengan ulasan anda. Benar-benar menyelami mesej yg hendak disampaikan.

    Jgn sesekali memandang buruk pd org kerana mungkin ada terselit kebaikan padanya. Yg dibenci adalah sifat buruknya bukan si pelakunya.

    Yg sempurna di mata mungkin terselit kecacatan di hati. Sama2 kita muhasabah diri.

    Yg buruk hari ini mungkin lebih baik dari kita di kemudian hari. Hidayah itu milik Allah swt.

    Bukan mudah utk menjadi PEREMPUAN LINDUNGAN KAABAH. Mudah-mudahan watak HANAN menjadi pemangkin. ;-)


    Jazakillah atas ulasan anda. Cuma nak betulkan sikit... ibu Reez merupakan majikan kepada arwah emak Hanan :-)
    - Hana Ilhami

    ReplyDelete
  2. cerita yang patut untuk ditiru. makasih dah berbagi kawan :). kalau ada waktu tolong kunjung balik dan komen di gubug saya yak :)disini

    ReplyDelete
  3. hana ilhami..

    terima kasih sudi jengukkkk.. seronok sangat... pape pun teruskan penulisan anda, semoga apa yang anda impikan dalam menyampaikan dakwah ni terlaksana... isnyallah..

    heheheh kire ibu reez tu mak angkat Hanan la yer? hihihi...

    ReplyDelete
  4. teringin nak baca novel ni. tapi x kesampaian lagi keinginan yang satu ni ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe... beli jer kat Karya Seni

      Delete
  5. Tak de nak upload full drama tu kat internet ke? Tolong.....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...