NOTIS

PERINGATAN!!!!

semua gambar kebanyakan ihsan dari Google, yang aku bahasakan sebagai pak cik gugle, kalau ada aku terambil dari private belog, selalu aku akan creditkan kepada mereka, kadang-kadang ada juga gambar itu dari simpanan aku sendiri.
so......

ambil apa yang korang nak dari blog ni, TAPI give n take la, dah ambil sila promote skit blog ni keyh?? kalau nak letak iklan kat sini sila tinggalkan link nanti aku promote. ingat!!! GIVE N TAKE bubye... selamat berblog~~~

Follow me I will follow U

Wednesday, January 16, 2013

Oh My Bodygurad { Hanny Syazwany }

arghhhh,,, entah mengapa kali ini memang berturut turut kena sawan noveltakbapenakbesh.. huhuhuh... kalau entri lepas aku ada review pasal novel AWAS! BILA HATI DAH SAYANG
pas tu termenung sekejap memilih tajuk buku yang menarik perhatian untuk dibaca seterusnya, ok,kalau ikutkan buku ni dah lama menarik minat aku, apatah lagi berlatar belakangkan jalan cerita sebelah negara sejuk sana. jepun korea dan cina memang menjadi daya penarik buat aku. aku pun tak tahu mengapa, mungkin sejak dulu aku ni memang hantu citer jepun korea cina bagai.. wakakakka..

okey, let me review the novel fisrt. untuk permulaan jalan cerita pun dah memang membuatkan aku banyak berfikir, sebab tak berapa faham jalan cerita, actually 5 bab pertama aku ulang dua kalu bacaan. wahhh,, baca quran pun tak ulang macam ni punya banyak,, lalallala~~~ sbb aku memang jenis yang suka memahami, jalan cerita memang lain, novelis memang berjaya untuk memberi kelainan dalam garapan cerita dia. cuma yang menyakitkan hati dan perasaan apabila banyak ayat yang pelik, ejaan salah, arghhhh.. tension, jarang buku yang banyak salah ejaan dan ayat tunggang langgang, kalau ada pun mungkin termiss cetak satu atau dua huruf saja, tapi buku ni? masyallah, sampai aku sendiri terpaksa mereka ayat sendiri untuk sesuaikan dengan jalan cerita yang aku baca,, wahahahahha... 

but, in the end, jalan jalan cerita memang not bad. walaupun aku rasa watak  ivan sepatutnya lebih matang dalam cerita ini, penulisan cerita mungkin masih nampak keremajaan. ini yang aku rasa sewaktu membaca novel ini, mungkin sesiapa yang tak setuju mungkin boleh memberi komen dia? aku tak kisah, aku suka membincangkan tentang apa yang aku baca. mana yang baik mungkin kita boleh kongsi untuk ditambah baikkan lagi.. kan kan kan???


ini sinopsis buku...

Ivan Lee, lelaki dingin namun penuh karisma. Dalam karismanya, pemuda berketurunan Cina ini adalah bodyguard keluarga hartawan bernama Ahmad Ghazi. Pada masa yang sama dia juga seorang perisik rahsia tanpa pengetahuan majikannya. Hubungannya dengan Ain Qistina, puteri tunggal Ahmad Ghazi agak dingin lebih-lebih lagi apabila mengetahui gadis itu mempunyai hubungan istimewa dengan Dain Hakimi. Walau bagaimanapun, segalanya berubah sebaik sahaja berlakunya pelbagai peristiwa menarik di Shinjuku. Ivan Lee menyimpan rahsianya sendiri. Tujuannya cuma satu, ingin mencari kebenaran di sebalik kematian keluarganya sehingga membawa dirinya ke Jepun. Apakah sebenarnya yang berlaku di Shinjuku dan siapakah pembunuh keluarga Ivan Lee?




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...