NOTIS

PERINGATAN!!!!

semua gambar kebanyakan ihsan dari Google, yang aku bahasakan sebagai pak cik gugle, kalau ada aku terambil dari private belog, selalu aku akan creditkan kepada mereka, kadang-kadang ada juga gambar itu dari simpanan aku sendiri.
so......

ambil apa yang korang nak dari blog ni, TAPI give n take la, dah ambil sila promote skit blog ni keyh?? kalau nak letak iklan kat sini sila tinggalkan link nanti aku promote. ingat!!! GIVE N TAKE bubye... selamat berblog~~~

Follow me I will follow U

Tuesday, January 29, 2013

Mencari Taman DI hati { Aidah BAkri }

aku pernah baca kisah syuhada dan Reizman ni kat penulisan 2u, tapi tajuknya Bahagia untukmu. patutlah rasa macam pernah baca, rupanya memang tajuk asal sebelum diterbitkan adalah Bahagia untukmu, sayang, aku rasa tajuk asal lebih sesuai dengan cerita syuhada dan reizman. kalau nak cakap pasal cerita memang lain. aku rasa penulis sangat realistik dalam ceritanya. buat kali pertama aku tidak di buai dengan kata-kata memuji kecantikan dan kekayaan watak-waka dalam cerita. bukan dikalangan orang kaya raya. maksud aku hero dan heroenynya orang biasa-biasa.

suka sangat jalan ceritanya yang dekat dengan kehidupan sebenar, walaupun penulis membaca aku kepada realiti sebenar kehidupan tapi sedikit sebanyak lari dari buaian khayalan yang selalu digambarkan oleh penulis-penulis lain. aku rasa penulis memang sangat berani. kalau aku pun memang akan cari novel yang membuai perasaan yang sememangnya lari dari kenyataan sebenar, op kos la heroen lemah lembut, hero yang berlagak, jadi pilihan. kan kan kan? wakakaka...

aku sesak dengan watak syuhada yang terlampau ego sebagai perempuan, tapi suka watak reizman yang setia dan penyabar. hahahahha.. agaknya ada tak lelaki macam dia sekarang ni yerk? mungkin ada, mungkin tidak. baca novel ni memang buat aku sesak nafas je sebab nak tahu ending. penulis banyak memberi pengajaran kepada aku. yang paling penting redha seorang ibu. syuhada yang ego dan terlampau degil akhirnya akur pada kehendak seorang ibu demi tidak menjadi anak derhaka.

hurmmm.. sedih, gembira, senanga hati, sakit hati, lucu, semua ada dalam cerita ni. 


sinopsis belakang novel

Aku menipu hatiku sendiri… benarkah?
Aku bahagia apabila dekat dengannya?


Kerana sepotong janji, Syuhada menjadi tunangan orang. Malangnya, lelaki itu ‘lari’ daripadanya. Lima tahun jugalah Syuhada terkapai-kapai dalam ikatan tiada makna; lalu Syuhada nekad memutuskan ikatan janjinya.

Lelaki yang tak kenal erti putus asa itu memang merimaskan. Tak faham-faham langsung orang tak suka. Tetapi jika benar tak suka, mengapa ada rasa lain yang bertunas dalam taman hati? ~ Syuhada

Redup sinar mata itu pernah mencuit hati. Kini, sinar mata yang sama masih mendatangkan getar yang hebat di hati. Tetapi, mengapa sinar itu sayu? Terlalu beratkah deritanya?~ Shahrul Riezman

Saat hati mula diulit bahagia, dia terheret ke perkahwinan tanpa rela. Mampukah kita mengecap bahagia, Syu?

Tertikam di sudut kecil sekeping hati… bukan salah sesiapa, cuma aturan takdir-Nya!


pssstt.. buku ni pun aku habiskan terus bila start baca.. non stop.. wakakakka






5 comments:

  1. memang best,, sila dapatkan buku ni.. hehehehhe

    ReplyDelete
  2. cik embun..

    saya memang peminat tegar novel. cuma nak ubah skit persepsi.. baca semua novel tanpa mengira tajuk atau cover buku semata.. hihihihi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...