NOTIS

PERINGATAN!!!!

semua gambar kebanyakan ihsan dari Google, yang aku bahasakan sebagai pak cik gugle, kalau ada aku terambil dari private belog, selalu aku akan creditkan kepada mereka, kadang-kadang ada juga gambar itu dari simpanan aku sendiri.
so......

ambil apa yang korang nak dari blog ni, TAPI give n take la, dah ambil sila promote skit blog ni keyh?? kalau nak letak iklan kat sini sila tinggalkan link nanti aku promote. ingat!!! GIVE N TAKE bubye... selamat berblog~~~

Follow me I will follow U

Friday, January 4, 2013

Hikayat Cinta Si Pematah Hati { E-Man Sufi }




okey, ini antara novel terbaru 2012, walaupun sekarang dah masuk 2013,  Mula-mula tengok fizikal buku ni aku telan air liur saja. sebab apa? tebalnya mengalahkan buku teks sejarah tingkatan enam. memang sehari tak habis la nak baca macam buku buku novel biasa. Hikayat Cinta Si Pematah Hati ini menarik perhatian aku dengan cover buku yang catchy, menarik dan tertarik untuk aku tarik dari rak buku. hhahahaha.. buat pertama kali aku habiskan masa 3 hari untuk baca buku ni. lama tuh.... memang lama giler. 1050 muka surat, mau tak lama, nak habiskan terus macam buku buku lain memang ting tong la kepala sebab mesti tak cukup tidur, itu yang baca sikit sikit tu, 

mula mula tu memang tak tahan jugak la, tapi tahan jugak sebab fikir esok nak keje lagi. hai,, 3 hari kene tunggu nak tahu ending dia. hohohoho... tak sabargiler.

Cerita ini mengisahkan Wafeen Wardah yang bercinta dengan Daniel Elhan tapi berkahwin dengan abang tiri Daniel iaitu Rayyan Raiqarl. rayyan lelaki yang kecewa apabila keluarganya porak peranda disebabkan DAniel dan mama sering menaruh kebencian dan dendam yang mendalam. pertemuan dengan Wafeen membuatkan dia tercabar untuk memiliki gadis itu setelah dia tahu siapa wafeen di hati elhan.

di awal perkahwinan Rayyan masih di dibayangi DAniel, tapi ada rahsia besar yang Rayyan tak tahu pasal Wafeen semasa kecil dahulu. Daniel yang memang anak mak memang sakit hati dan cemburu bila tahu wafeen lebih memilih Rayyan, konflik berlaku apabila rayyan kemalangan dan hilang upaya, Daniel menjalankan rancangan jahat untuk memisahkan wafeen dan Rayyan. dan dia berjaya.

jalan cerita yang padat menyebabkan buku ini tebal, dan aku pasti kalau jalan cerita di potong semata nak mengurankan muka surat buku, aku pasti cerita ni tak akan semenarik naskah ini. berbaloi dibeli dengan harga RM 35.00. terlalu banyak pengajaran yang kita dapat belajar dari cerita keluarga Wafeen dan keluarga Rayyan. jangan di sebabkan cemburu, harta dan perempuan, keluarga berpecah belah dan berantakan, jauh sekalai menyebabkan kita kehilangan orang yang tersayang buat selama-lamanya. menyesal kemudian tidak berguna.

aku label kan buku ni sebagai antara yang paling best yang aku penah baca sebab penulis banyak memberi pengajaran serta motivasi kepada aku untuk menjadi manusia lebih baik dan mengawal rasa marah benci dan dendam. sesungguhnya manusia di dunia ini tiada yang lari dari melakukan kesilapan, membuat kesalahan besar dan mengakui kesilapan dan kemudian memaafkan kesalahan orang lain mungkin tidak mudah, tapi percayalah, ia bakal menenangkan hidup kita nanti.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...