NOTIS

PERINGATAN!!!!

semua gambar kebanyakan ihsan dari Google, yang aku bahasakan sebagai pak cik gugle, kalau ada aku terambil dari private belog, selalu aku akan creditkan kepada mereka, kadang-kadang ada juga gambar itu dari simpanan aku sendiri.
so......

ambil apa yang korang nak dari blog ni, TAPI give n take la, dah ambil sila promote skit blog ni keyh?? kalau nak letak iklan kat sini sila tinggalkan link nanti aku promote. ingat!!! GIVE N TAKE bubye... selamat berblog~~~

Follow me I will follow U

Monday, January 28, 2013

Hei Aku kenal Cinta { Xeera Feeqa }

Sinopsis belakang Novel

Berani sungguh Arianna memutuskan hubungan cinta dengan Ashriq. Memang cari pasal! Ashriq pantang kalau dipersendakan. Dia mahu mengajar Arianna sehingga gadis itu melutut dan memohon maaf padanya. Untuk menjayakan rencana itu, dia harus mencari seorang gadis yang boleh berlakon menjadi kekasihnya. Dia tahu siapa yang boleh menggalas tugas itu. Ellisa!

Terkejut Ellisa diterjah Ashriq, lelaki yang baginya perasan bagus disebabkan kepopularannya di kampus. Menyampah! Tetapi tawaran lelaki itu sungguh mengujakan. Jika dia terima watak sebagai ‘kekasih’ Ashriq, Ashriq memberi jaminan bahawa bandnya dapat menyertai pertandingan Battle of the Band hingga ke peringkat akhir. Wah, benar-benar hebat!

Tetapi bolehkah dia bertahan dengan Ashriq? Lebih banyak keburukan yang akan dihadapinya berbanding kebaikan. Sudah pasti dia menjadi bahan gosip dan bakal berdepan dengan ‘mean girl’ terbesar kampus - Arianna. Teruk tekanannya.

Dan apabila akhirnya dia menerima tawaran Ashriq atas sebab-sebab tertentu, ada perasaan indah melatari hati. Cintakah itu? Oh, tak mungkin! Habis, kenapa dia ingin sentiasa bersama lelaki itu? Sedangkan dia tahu segala-galanya akan berakhir sebaik sahaja Arianna kembali pada Ashriq.

Cinta? Taklah... Cinta? Ya kot... Cinta? Err... (malu nak mengaku!) 



 '' Aku tak pasti dengan kata hati ini, sekejap CINTA, sekejap RINDU, sekejap MENYAMPAH! ''

cute tak cover buku dia, sangat cute kan? aku suka sangat, walaupun pada pandagan aku mungkin tak berapa sesuai dengan ellisa dalam cerita ni, sebab aku rasa ellisa sangat cute, wakakak,, cerita ini memang berkisah tentang kisah cinta remaja kolej. sinopsis memang kebanyakan menunjukkan jalan cerita dalam novel ini. jalan cerita yang baik disusun rapi, tak perlu berbeli-belit dan mudah di fahami. penulis jujur dalam menghsilkan karya. walaupun masih menerapkan elemen membuai-buai perasaan. tapi memang itu yang pembaca inginkan pun.. cuma apa yang menyesakkan perasaan apabila sikap ellisa yang telampau rendah diri dan kurang kenyakinan itu membuatkan aku memang tak sabar gila nak tahu ending cerita ni. nak tahu antara ashriq dan Ikhwan,, siapa yang menjadi pilihan hatinya. Ikhwan? siapa Ikhwan? ha,,, menulis sangat bijak menggarap jalan cerita yang agak lain dari yang lain..  i like..


kalau nak tahu, aku sanggup tidur lewat semata-mata nak habiskan buku ni dalam masa 5 jam membaca. nasib la esoknya tak kerja.. lalallala~~~

2 comments:

  1. hehehhe... thanks.. ini cuma pendapat saya tentang apa yang saya baca

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...