NOTIS

PERINGATAN!!!!

semua gambar kebanyakan ihsan dari Google, yang aku bahasakan sebagai pak cik gugle, kalau ada aku terambil dari private belog, selalu aku akan creditkan kepada mereka, kadang-kadang ada juga gambar itu dari simpanan aku sendiri.
so......

ambil apa yang korang nak dari blog ni, TAPI give n take la, dah ambil sila promote skit blog ni keyh?? kalau nak letak iklan kat sini sila tinggalkan link nanti aku promote. ingat!!! GIVE N TAKE bubye... selamat berblog~~~

Follow me I will follow U

Monday, January 21, 2013

Cinta Kau Dan AKu { Siti Rosmizah }

okey, betapa teruknya pengetahuan aku, sebab baru je tahu yang penulis andai itu takdirnya yang memang meletup pada satu ketika dulu ada keluarkan buku kedua bertajuk Cinta kau dan aku, serius, kalau tak jalan-jalan kat meja kawan hari tu, aku tak kan jumpa buku ni, buku ni terbit pada tahun 2009 lagi, memang dah lama. memang ketinggalan betul, tapi apa -apa pun,  sebab penulisnya Siti Rosmizah, jadi aku tak fikir panjang, terus je pinjam dari seorang kawan ni, opkos la best sangat citer dia, mesti la taching habis...

walaupun ceritanya berkisar tomboy yang mempunyai cita cita pelik, dalam banyak-banyak kerja ada ke patut nak jadi driver. pada mulanya aku rasa sedikit janggal dengan watak Nur Farisya Iman, penulis menggambarkan dia seorang yang cantik, tapi disebabkan kehilangan ayah dia mula berubah watak, aku kagum dengan penulis, beliau banyak membuat elemen elemen suprise tentang watak farisya, kalau kita fikir mesti tak sama dengan apa yang penulis fikir, aku suka, sebab suprise. hahahh.. watak farisya memang lain dari watak heroen novel lain. aku sakit hati sungguh dengan watak hero, farish hakimi. tapi aku tersentuh sangat dengan watak cikgu Zul, penulis memang pandai bermain dengan emosi pembaca,.

konflik yang berlaku membuatkan aku berfikir yang akhir novel ini akan sad ending. tapi sangkaan aku meleset sangat, memang tak disangka-sangka. tabik la kat siti rosmizah. 




sinopsis belakang novel


"Apa, jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat kerja Milah tu sampaikan jawatan driver pun kau terima? Dah-dah, balik kampung aje. Tolong mak kat warung lagi bagus. Apa, kau ingat kau tu jantan ke nak jadi driver", marah Mak Timah.

"Kalau saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikann awak? Dan saya juga sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran dan menerima saya?" Soal Farish Hakimi dengan wajah serius.

"Sayang, dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima abang dalam hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya sebagai isteri abang."

Sebaik sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya amat disayangi, suara yang menyebabkan dia ketawa, suara yang menjadikan hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja di telinganya. Tidak, dia tidak perlu untuk mendengar suara itu lagi. Bukankah suara itu yang telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah meragut kepercayaannya?




8 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...