NOTIS

PERINGATAN!!!!

semua gambar kebanyakan ihsan dari Google, yang aku bahasakan sebagai pak cik gugle, kalau ada aku terambil dari private belog, selalu aku akan creditkan kepada mereka, kadang-kadang ada juga gambar itu dari simpanan aku sendiri.
so......

ambil apa yang korang nak dari blog ni, TAPI give n take la, dah ambil sila promote skit blog ni keyh?? kalau nak letak iklan kat sini sila tinggalkan link nanti aku promote. ingat!!! GIVE N TAKE bubye... selamat berblog~~~

Follow me I will follow U

Saturday, January 26, 2013

Atin Jom Kahwin! { Iffa Zalia }

MAsih lagi Alaf 21 punya novel, kali ini aku mungkin akan habiskan dulu koleksi Alaf 21 yang ada, lepas ni Buku Prima menanti, Kaki Novel mungkin akan beransur lepas KLBF nanti. tak sabar pulak rasanya nak ke sana, itu pun kalau mendapat jemputan dan kebenaran la.

ATIN JOM KAHWIN! memang sempoi gila, tambah pula dengan watak utama FAtin yang sememangnya sempoi, bak kata penulis dia menterjemahkan watak drinya kepada watak fatin, kalau diikutkan rupa dan perwatakan pun mungkin penulis menterjemahkan sedikit sebanyak dirinya ke dalam diri Fatin. sudah tentu watak itu lebih real dan dekat dengan penulis. mungkin satu perkara yang unik apabila watak fatin bukan seperti watak gadis cantik tinggi lampai seperti yang diutarakan dalam novel lain. walaupun garapannya masih lagi menampakkan sedikit kebudak-budakan, tapi cerita ini mungkin boleh menarik minat golongan remaja. sebab ia catchy kot?

tajuk sempoi tapi jalan cerita tak de la sempoi sangat, aku rasa elemen-elemen berat yang diterapkan membuatkan jalan cerita lebih menarik dan sedikit dramatik. tak banyak konflik yang pelik melanda. paling aku suka penulis senaraikan 10 cara untuk melamar. pada aku, ia sangat manis.. wakakakakka.. sure korang tersenyam senyum kalau baca novel ini.



sinopsis belakang Novel :

Ini adalah kisah dua hati yang tidak pernah serasi. Kisah dua jiwa yang tidak pernah bersatu. Bayangkan sahaja bagaimana, ‘harimau jadian’ yang habitatnya di Garisan Khatulistiwa bertemu dengan ‘penguin’ di kutub selatan? Natijahnya, wujud perang dunia ketiga di mana medan tempur tanpa senjata memporak-perandakan hidup mereka. Masing-masing dengan kepala dan karakter yang tersendiri.
Prinsip Fendi: Kutuk-mengutuk dan marah-marah itu cara dia mengurat dan mengeratkan ikatan dengan Fatin yang dirasakan tidaklah secantik mana, cuma gadis itu comel di pandangan mata.

Prinsip Fatin: Hidup mesti sempoi, relaks dan selamba tetapi dalam percintaan, dia memerlukan seorang lelaki romantis dan bertanggungjawab.

Zahirnya, Fendi dan Fatin memang tidak ‘ngam’ tetapi batin mereka sudah bersatu dalam diam. Namun, kehadiran Tengku Khalid sebagai pesaing membuatkan Fendi tidak keruan. Dia harus melamar Fatin, tetapi bagaimana caranya? Gadis itu memang sukar untuk didekati.

Fatin seorang yang ‘happy go lucky’ meskipun jadi buruan gengster ah long. Idea nakalnya muncul. Lelaki mana yang sanggup beri wang hantaran yang paling tinggi maka itulah suaminya. Maka wujudlah kaunter buka harga! Jadi, antara Tengku Khalid dan Fendi, siapa yang menjadi pilihan si penguin kutub selatan itu?


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...