NOTIS

PERINGATAN!!!!

semua gambar kebanyakan ihsan dari Google, yang aku bahasakan sebagai pak cik gugle, kalau ada aku terambil dari private belog, selalu aku akan creditkan kepada mereka, kadang-kadang ada juga gambar itu dari simpanan aku sendiri.
so......

ambil apa yang korang nak dari blog ni, TAPI give n take la, dah ambil sila promote skit blog ni keyh?? kalau nak letak iklan kat sini sila tinggalkan link nanti aku promote. ingat!!! GIVE N TAKE bubye... selamat berblog~~~

Follow me I will follow U

Friday, January 18, 2013

Bait-Bait Kasih { Sasya Zainal }






Sinopsis
Tanpa diduga dari teman sepejabat, perasaan Nellysha dan David bertukar menjadi cinta. Namun, agama menjadi penghalang. David tersepit antara keluarga dan kasih. Keluarga dia sayang, Nellysha dia kasih. ‘Oh, hati. Tolonglah aku untuk membuat keputusan.’

Dalam diam-diam, David mula mempelajari agama Islam. Rasa kasih pada agama ini mula muncul di hati. Tapi tegakah dia melukai hati mama dan papa yang membesarkannya bagai menatang minyak yang penuh? Ditelan mati emak, diluah mati bapak.

Apabila Tan Zhou Jeng, papa David mendapat tahu yang anaknya sedang mempelajari agama Islam, kata dua diberikan kepada lelaki itu. Akhirnya, David mengambil keputusan untuk melangkah keluar dari rumah orang tuanya.

Tindakan David membuatkan Nellysha berasa serba salah. Dia mengambil keputusan untuk mengundur diri. Namun, ada sesuatu yang menghalang. Dapatkah dia dan David bersatu, sedangkan di hadapan mereka pelbagai halangan menanti?



Okey,  sebenarnya aku dah lama tak layan novel dari Alaf 21, kenapa? sebab  aku rasa lah kan? terbitan alaf 21 ni macam tak sesuai dengan jiwa aku, hahahaha,, dari segi mana tu aku tak reti nak cerita kat sini. kalau baca pun mungkin paksa rela, atau mungkin sebab tu melambak novel-novel online kat internet macam penulisan2u. then keluar lah kakinovel, memang novel terbitan kakinovel akan menjadi perhatian aku saban tahun. last baca novel terbitan alaf 21 adalah karya Ramlee awang Murshid, itu pun masa dia baru launching buku Ungu Karmila, bayangkan dah berapa lama, karya dia selepas tu, sehingga la yang terbaru 9 nyawa kalau tak silap aku sampai sekarang aku tak baca lagi..

hurmmm.. lepas baca bait-bait kasih ni aku rasa macam terbuka hati la pulak nak baca novel dari alaf 21. wakakakak, mungkin tahun demi tahun, umut pun meningkat naik, semakin matang, seiring dengan penulisan penulis dari alaf 21 yang aku rasa genre mereka lebih formal dan nampak 'mendalam' dari segi garapan, bukan macam yang menjadi kegilaan aku sebelum ni, lebih trendy dan keremajaan... ohhh tidakkk.. adakah aku merasa diri semakin tua? hahahahha... pape pun semakin tahun mesti la semakin tua, takkan makin muda pulak kan?

Bait-Bait kasih ini mengisahkan kehidupan ibu tunggal muda yang mengharungi cabaran hidup selepas ditinggalkan suami, kecekalan dan ketabah nellysha menghadapi dugaan hidup membuatkan aku kagum dengan watak ini, mungkin nellysha boleh dijadikan contoh untuk kaum -kaum ibu tunggal di luar sana. selain masalah yang dialami, penulis turut menyelitkan masalah yang selalu berlaki di kalangan masayarakat kita yang berbilang kaum. terutama perkahwinan campur, masalah adat resam, budaya dan agama diketengahkan. permasalahan mereka di selesaikan dengan baik oleh penulis, mungkin jika cerita ini dijadikan contoia akan menjadi satu panduan untuk masyarakat diluar sana.

hurmmm.. nilai-nila murni islam diterapkan dengan baik, mungkin ada lompong di some part, tapi ia mungkin dakwah yang halus secara tidak langsung. hurmmmm.. semoga niat penulis secara tidak langsung akan tercapai. buku ni bukan sahaja sesuai untuk ibu-ibu dan kakak-kakak, tapi mungkin boleh jadi rujukan untuk remaja-remaja diluar sana? just to share my opinion. dari sudut pandangan aku saja.




pstttt.. lepas ni banyak dah koleksi dari Alaf 21 yang ada kat meja, so tunggu saja lah reviewnya.. wakakakkaka 

2 comments:

  1. Assalamualaikum,

    Saya Sasya Zainal, penulis pada BAIT-BAIT KASIH. Membaca komen yang membina dari saya membuatkan hati saya kembang dengan warna-warna ceria. Terima kasih kerana sudi memberi pandangan dan sudi membeli novel saya ;-).Doakan semoga saya dapat meneruskan penulisan saya di masa hadapan

    ReplyDelete
  2. cik syaya teruskan mengembangkan bakat anda... hihihih

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...