NOTIS

PERINGATAN!!!!

semua gambar kebanyakan ihsan dari Google, yang aku bahasakan sebagai pak cik gugle, kalau ada aku terambil dari private belog, selalu aku akan creditkan kepada mereka, kadang-kadang ada juga gambar itu dari simpanan aku sendiri.
so......

ambil apa yang korang nak dari blog ni, TAPI give n take la, dah ambil sila promote skit blog ni keyh?? kalau nak letak iklan kat sini sila tinggalkan link nanti aku promote. ingat!!! GIVE N TAKE bubye... selamat berblog~~~

Follow me I will follow U

Sunday, January 13, 2013

Awas Bila Hati Dah Sayang { Tinta Biru }


hurmmm... buat pertama kali aku rasa membaca novel membuatkan aku rasa boring. sory to say, aku sendiri tak faham kenapa, padahal jalan cerita masih lagi lebih kurang dengan buku buku yang aku baca sebelum ni, but, ada sesuatu yang kosong bila aku membaca novel ini. sebenarnya aku berkira kira nak letak ke tidak post ni, aku dah baca habis tapi still there something wrong maybe? tapi aku tak tahu apa dia? nak kata rasa menyesal pulak baca buku ni dulu tak boleh jugak.

so apa kata sesiap yang dah baca novel ni mungkin boleh komen? sebabnya seriously aku tak tahu apa dah jadi dengan aku ni. tensionnnnnn beb, tak penah lagi aku rasa kosong macam ni bila baca novel. Serius....

aku agak teruja masa mula-mula baca sinopsis kat belakang buku, tapi bila dah baca.. ahhhhhhhhh tak tahu la nak cakap mana, masa menaip entri ni pun aku dah banyak kali mengeluh sambil geleng kepala... kenapa??? entah... tolonglah, siapa-siapa mungkin boleh bagi sedikit reveiw dan komen???

mungkin gambar tak jelas...

Cinta hadir tanpa diundang. Sekeras mana pun kita cuba menolak namun perasaan itu tetap hadir dalam diri. Ikram nekad tidak mahu jatuh cinta lagi setelah kecewa dengan cinta pertamanya. Kehadiran Syafiqah berjaya membuka hatinya, namun ego membatasi segalanya. Dalam diam dia jatuh cinta, namun sukar melafazkan kata indah itu. Hanya gurauan menjadi pembual bicara.

            “Duduk dalam bilik aircond pun rasa panas ke? Ni kulit orang ke kulit buaya ni? Pelik betul. Macamlah kau sorang  je yang putih. Aku pun putih juga tapi tak ada merah macam kau pun. Orang kata, kalau muka kita tiba-tiba merah bila berdepan dengan seseorang, tu tandanya kita sukakan orang tu. Itu kata oranglah, aku tak kata. Kau suka kat aku ke?” - Ikram

            Gurauan demi gurauan membuatkan hati wanita Syafiqah sering terusik. Dia turut mempunyai rasa yang sama namun cuba menepisnya. Bagi Syafiqah, cintanya hanya milik Khairil, teman sewaktu zaman persekolahannya meskipun Khairil sedikitpun tidak mempunyai perasaan terhadapnya.

            Keadaan semakin keruh dengan kehadiran Amalina, bekas kekasih Ikram yang kembali menagih cintanya. Begitu juga dengan kehadiran Khairil yang mula menyimpan perasaan pada Syafiqah. Sedangkan itulah gadis yang amat dibencinya pada suatu ketika dahulu.

            “Bakal isteri!!! Baru bakal isteri tapi kau dah nak berlagak. Kalau dia bini kau sekalipun bro,  aku tetap akan rampas dia dari kau. Aku tak pernah jatuh cinta, dan sekali aku jatuh cinta selamanya aku akan menyintai dia!!!” - Khairil.

            Perasaan cemburu dan syak wasangka seringkali menjadi permainan. Pelbagai konflik mula timbul dan menjadi rencah dalam kehidupan mereka. Apakah kesudahan cinta mereka? Berjayakah Amalina memiliki semula Ikram? Dapatkah Khairil memikat hati Syafiqah? Dan apakah pengakhiran hubungan Ikram dan Syafiqah?





psstttt... mood tak tentu arah sekarang ni, buat kali pertama hari ni tak pilih novel lagi untuk di baca.. waaaaa.. ape nak jadi nih... 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...