NOTIS

PERINGATAN!!!!

semua gambar kebanyakan ihsan dari Google, yang aku bahasakan sebagai pak cik gugle, kalau ada aku terambil dari private belog, selalu aku akan creditkan kepada mereka, kadang-kadang ada juga gambar itu dari simpanan aku sendiri.
so......

ambil apa yang korang nak dari blog ni, TAPI give n take la, dah ambil sila promote skit blog ni keyh?? kalau nak letak iklan kat sini sila tinggalkan link nanti aku promote. ingat!!! GIVE N TAKE bubye... selamat berblog~~~

Follow me I will follow U

Tuesday, December 11, 2012

Secret Garden { Hyun Bin & Ha Ji Won }

Aku dah tengok berpuluh puluh drama korea sejak zaman sekolah lagi. masa tu KPOP langsung tak mendapat perhatian lagi kat Malaysia, aku ingat lagi kawan kawan cakap, '' ape la kau layan mamat kurus muka comel '' ye la masa tu diorang duk sibuk angau Nicholas tse, ( walaupun aku angau jugak kat dia ) tapi aku memang dah layan KPOP masa tu keyh??

SECRET GARDEN ni adalah antara drama yang tak dapat aku lupa la, sebab kalau korang tengok drama terbaru sekarang memang banyak cilok idea dari drama ni la, nanti aku riview satu satu, banyak yang aku jumpa dia adaptasi sedikit dari drama ni.

AL kisahnya pasal Gil Ra Im ( ha ji won ) ni pelagak ngeri yang sangat polos dan jujur dengan kerja dia, sifat dia yang terlalu baik dan pemaaf memang menyenangkan orang ramai. bila tiba pula part hero kesayangan ramai ( hyun bin ) Kim Jo Won, memang kontra sangat dengan heroennya. CEO syarikat besar, berlagak, sombong, bongkak, semua la ada kat dia, tapi tetap hensem giler. tak syiok la cerita pakai tulisan saja, meh aku tepek gambo bagi keterujaan korang memuncak skit.

na.. ini masa dia mula mula jumpa Gil Ra Im, kalau korang tengok masa ni, heronya sangat lah cool, sweet sangat yang si Ra im tu pulak memang blurr, wah.. masa ni KJW ( Kim Joo Won ) memang dah jadi lelaki idaman semua lah, prihatin la sangat, sampai paksa Raim ni tinggalkan latihan semata mata tak nak luka kat tangan dia tu makin teruk, dalam prihatin dia KJW ni agak sinis dan kejam kalau berkata kata. yang si Ra im ni pulak berlagak tenang je, padahal menggelabah giler tu.. 




yang ni pula masa KJW saje nak takle Ra im ni, boleh pulak dia cakap dia sengaja nak dekatkan diri dengan Ra im sebab dia tak tahu apa perasaan sebenar dia kat Ra Im, jadi dia nak slalu ada dekat dengan Ra im untuk pastikan apa perasaan sebenar dia, masa ni dia tengah latihan, Ra im mulanya perlekehkan KJW dia sangka KJW lembik, tapi last-last, merah padam muka dia bila KJW bukan seperti yang dia sangkakan, part ni korang jangan miss, sangat la sweet.. depan semua orang kat tempat latihan tu..




hurmmm.. KJW memang spontan, Gil Ra Im memang blurr habis, masa ni diorg baru je nak declare, tapi Ra Im masih lagi tak berani, padahal dalam hati suka gila kat KJW tu. sebenarnya KJW tau, hehehe,, pape pun memang berani la si hero sorang ni. Ra im memang sangat comel masa ni. KJW biasa la, sinis je semedang. hahahahah sweet sweet sweet.. tengok jangan tak tengok.






konflik bermula apabila mereka bertukar jasad, macam macam la perkara suka duka berlaku dalam hidup mereka, tanpa mereka tahu memang kejadian itu telah di rancangkan oleh seseorang, KJW mempunyai rahsia silam yang mengaitkan dia dalam perkara yang berlaku antara dia dan Ra Im. dalam masa yang sama kejadian ini menguatkan lagi cinta antara mereka.
 part ni paling sedih, sebab terlalu sayangkan Ra im yang koma selepas kemalangan dia sanggup tukar jasad dia hanya semata mata nak perempuan ni hidup seperti biasa walaupun bukan dalam jasad sebenar dia, masa ni memang tangkap leleh la beb, memang cool n sedih habis la.




cerita ni memang tak dapat lari la dari cerita bersegi segi macam drama lain, tapi cinta segi segi mereka ni memang related antara satu sama lain, aku rasa sebelum buat riview drama ni dah 3 kali aku khatam tengok kot? memang tak tahan gelak, asyik senyummmm sorang - sorang je.

kat bawah ni link yang korang boleh tgk secara online,  HD lagi.
sila KLIK.

DOWNLOAD or WATCH ONLINE

Secret Garden at DramaFan

Secret Garden at GoodDrama


Next : QUEEN IN HYUN' Man - yang ini lagi comel cerita dia. hik hik hik




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...