NOTIS

PERINGATAN!!!!

semua gambar kebanyakan ihsan dari Google, yang aku bahasakan sebagai pak cik gugle, kalau ada aku terambil dari private belog, selalu aku akan creditkan kepada mereka, kadang-kadang ada juga gambar itu dari simpanan aku sendiri.
so......

ambil apa yang korang nak dari blog ni, TAPI give n take la, dah ambil sila promote skit blog ni keyh?? kalau nak letak iklan kat sini sila tinggalkan link nanti aku promote. ingat!!! GIVE N TAKE bubye... selamat berblog~~~

Follow me I will follow U

Tuesday, December 18, 2012

Review Novel Versus { Hlovate }






kata hlovate

bukan mudah untuk berubah

dari tanpa arah ke sejadah,

dari tepi jalanan ke sujud kepada Tuhan



Karya Hlovate kali ini lebih matang, mungkin disebabkan wata minn dan Ao yang diceritakan ada kena mengena dengan hidup beliau. Walaupun masih lagi ada bias biasan addin dan benz di situ, namun kali ini aku rasa versus skrip yang menampakkan kematangan hlovate dalam bercerita. Hlovate membawa minn dan AO mengubah haluan hidup masing-masing dengan pusingan 180 darjah. 

Dia masih mengekalkan formula formula penulisan beliau yang mebuatkan kita tahu ia tulisan Hlovate. Memang terbaek, kata hlovate sendiri pada akhir buku ini ‘’ everybody passes numerous paths along the road of life. There always a dilemma when it comes to choosing. ‘’ aku rasa pada yang membaca novel ini mungkin boleh kaitkan dengan keadaan diri sendiri, walaupun versus berkisar budak skate yang tersasar jauh dari landasan yang sebenar, bukan menyalahkan skate itu, tapi sikap kita sendiri sebagai pembawa skate.

Aku memang tak penah faham budaya mereka ini, tapi setelah membaca versus, sedikit sebanyak pengetahuan tentang mereka menjadi ilmu buat aku. Siapa kata baca novel hanya untuk hiburan semata-mata. aku rasa hlovate membuat research yang cukup untuk menceritakan segalanya.

Turning point masing masing memang berbeza, aku juga suka apabila hlovate menyatakan reality sebenar kita sebagai masyarakat melayu, terutama masyarakat islam di Malaysia yang lebih menggagunggkan budaya luar, kenapa aku cakap macam ni? Korang bacalah versus ini di mana apabila minn dan AO berada di sebuah Negara yang bukan Negara islam, minority sahaja yang beragama islam. Dan mengapa mereka sepakat untuk terus disana sehingga mempunyai impian untuk memebesarkan keluarga mereka di sini. takut dengan Negara sendiri. ada sebab kukuh mengapa Hlovate berani menulis begitu. Tabik spring lagi untuk beliau.

Dan yang paling penting, versus ini bukan la untuk mengajar orang, mana yang baik kita patut ambil, dan yang buruk itu kita perlu betulkan. Itulah pesanan Hlovate pada muka akhir vesus.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...