NOTIS

PERINGATAN!!!!

semua gambar kebanyakan ihsan dari Google, yang aku bahasakan sebagai pak cik gugle, kalau ada aku terambil dari private belog, selalu aku akan creditkan kepada mereka, kadang-kadang ada juga gambar itu dari simpanan aku sendiri.
so......

ambil apa yang korang nak dari blog ni, TAPI give n take la, dah ambil sila promote skit blog ni keyh?? kalau nak letak iklan kat sini sila tinggalkan link nanti aku promote. ingat!!! GIVE N TAKE bubye... selamat berblog~~~

Follow me I will follow U

Monday, December 31, 2012

Review Novel Nasi Lemak Buah Bidara { April Snow }

Serius masa tengok tajuk buku ni memang tak tertarik langsung untuk baca, bila baca sinopsis kat belakang pun memang tak rasa nak beli pun buku ni, bukan sekali dua aku belek buku ni kat pasaran. Serius tak 'catch' hati aku langsung. Tapi entah apa mood ntah sempena tahun baru ni kot aku dah cuba untuk ubah persepsi aku untuk tidak mengjudge buku  by its cover. memang tepat sekali kata pepatah lama ini. bila dah start baca memang tak boleh nak sabar untuk tahu ending dia.

kisah tentang seorang gadis bernama Siti Nur yang dari kecil di pelihara oleh nenek angkat, dia disisihkan orang kampung dan saudara mara atas kesalahan yang tidak pernah dia ketahui, tapi berkat didikan agama yang cukup dari wan membuatkan dia membesar menjadi perempuan solehah. kematian satu-satunya ahli keluarga yang mengambil berat akan dirinya membuatkan dia dibawa ke rumah datuk zainal untuk berteduh menumpang hidup, dia dicerca dan dihina isteri dan anak Datuk zainal sebagai pembawa sial. pelbagai kesusahan yang dialami siti Nur, boleh dikatakan siti Nur ni diibaratkan macam cinderella.

aku terkesan gila dengan watak siti Nur dan hero dalam cerita ni, kalau biasa hero mestilah kaya, panas baran, ego dan sebagainya. tapi akmal ni tak, memang dia kaya, tapi sifat mulia sebagai seorang lelaki dan suami memang menjadi idaman semua gadis kot? mungkin kerana didikan agama yang cukup yang diberikan oleh ibunya membuatkan dia lebih menggunakan akal fikiran dalam menangani masalah serta fitnah-fitnah yang melanda. penulis sangat bijak mengutarakan hadis hadis pada setiap bab cerita. memang buku ni sangat memberi pengajaran buat kita semua. kejadian kahwin lari dan di sisihkan ahli keluarga sememangnya berlaku di dalam masyarakat kita, kalau kita baca kisah ini mungkin sedikit sebanyak memberi kesan kepada anak muda untuk tidak terlalu mengikut kata hati, mungkin juga sebagai ibu bapa kita perlu tahu bagaimana cara nak menghadapi perkara tersebut supaya ia tidak menjejaskan generasi akan datang.

serius, aku syorkan korang baca lah buku ini. bukan sekadar hiburan, tapi ambil lah yang baik yang diterapkan oleh penulis. sesungguhnya kita sebagai manusia memang tak penah lepas dari melakukan kesilapan. tapi selagi kita diberi masa untuk melakukan perubahan maka dengan izinNya kita mungkin akan menjadi insan yang lebih baik dari semalam.


korang pun boleh baca belog penulis ini banyak jugak lagi novel menarik serta e-novel beliau.. 
klik SINI








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...