NOTIS

PERINGATAN!!!!

semua gambar kebanyakan ihsan dari Google, yang aku bahasakan sebagai pak cik gugle, kalau ada aku terambil dari private belog, selalu aku akan creditkan kepada mereka, kadang-kadang ada juga gambar itu dari simpanan aku sendiri.
so......

ambil apa yang korang nak dari blog ni, TAPI give n take la, dah ambil sila promote skit blog ni keyh?? kalau nak letak iklan kat sini sila tinggalkan link nanti aku promote. ingat!!! GIVE N TAKE bubye... selamat berblog~~~

Follow me I will follow U

Friday, December 28, 2012

Review Novel Hangatnya cinta { aje Fazlina }






Hangatnya cinta masih berkisar pasanagan terpaksa bernikah, boleh dikatakan kahwin secara kontrak, jalan ceritanya klise, bukan tak bagus, tapi mungkin sebab dah banyak aku baca buku seperti ini so, aku dah boleh baca apa jalan cerita seterusnya. 

Kisahnya bermula apabila Iskandar yang mendesak Nur Nilam supaya membantunya dengan harapan dia akan membantu gadis itu merawat ibunya yang sakit. disebabkan kekecewaan lampau terhadap perempuan dia menjadikan Nur nilam sebagai mangsa cemburu dan ketidakpercayaannya kepada perempuan. ada sesuatu yang menarik aku untuk terus membaca helaian demi helaian buku ini. walaupun aku memang terlampau sakit hati dengan sikap iskandar, dan bosan dengan perasaan Nilam, perwatakan itu lah yang membuatkan aku lebih nak tahu apa yang terjadi kepada mereka berdua akhirnya.

Walaupun cerita berkisar kahwin paksa seperti kebanyakan Novel lain, tapi watak iskandar membuatkan aku lebih sedar, tak semua pasanagan dalam dunia ni dilimpahi kebahagiaan selamanya, kekurangan harus di imbangi dengan kelebihan, kesalahan harus di perbaiki dengan kemaafan. kalau dah memang tajuk buku ini HANGATNYA CINTA, memang korang akan rasa kehangatan cinta sepanjang membaca bait bait yang di tulis oleh AJE FAZLINA ini.

walaubagaimanapun Novel ini masih lagi dalam kategori memuaskan hati aku. walaupun sepanjang membaca aku asyik menyumpah si iskandar nih.. hahahaha.. kalau korang baca aku tak tahu la macam mana kan? so? apa tunggu lagi? sila lah dapatkan di pasaran, tak mahal pun, 19.00 aje.. 





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...