NOTIS

PERINGATAN!!!!

semua gambar kebanyakan ihsan dari Google, yang aku bahasakan sebagai pak cik gugle, kalau ada aku terambil dari private belog, selalu aku akan creditkan kepada mereka, kadang-kadang ada juga gambar itu dari simpanan aku sendiri.
so......

ambil apa yang korang nak dari blog ni, TAPI give n take la, dah ambil sila promote skit blog ni keyh?? kalau nak letak iklan kat sini sila tinggalkan link nanti aku promote. ingat!!! GIVE N TAKE bubye... selamat berblog~~~

Follow me I will follow U

Wednesday, December 12, 2012

Review Aku Bukan MisTress { Acik Lana }



Dah lama aku perasan buku ni kat pasaran, tapi selalu saja terlepas nak beli, sebab tajuk buku lain lebih memanggil manggil untuk aku beli, betul, kalau tengok tajuk buku ni memang macam pelik skit, bila baca sinopsis kat belakang pun macam tak best jer, tapi baru baru ada peluang nak baca, kawan pinjamkan. so bila dah start baca? ini komen aku.

aku bukan mistress ini banyak membantu kita manusia biasa yang sentiasa lupa akan asal usul dan ajaran agama, kembali kepada watak Mika dan mia, hidup bergelumang dosa, atas alasan pernah kecewa. langsung tidak menitik beratkan pegangan agama, perlbagai kesukaran yang dilalui Mia yang terpaksa berada dalam kancah dosa hanya kerana keadaan memaksa. pegangan agama di lempar ke tepi, pendek kata mereka hidup atas dasar nafsu semata. 

Acik Lana sangat pandai menggarap jalan cerita menjadi lebih dramatik dan  membuai perasaan, tak semua manusia akan tenggelam dengan dosa yang dilakukan, satu ketika mia tekad untuk tidak terus terusan bergelumang dengan dosa, cinta Mika yang sudah lama bercambah membuatkan lelaki itu turut berubah sama, Aku bukan mistress juga tak lari dari kes kahwin sembunyi yang mendebarkan jiwa pembaca apabila heroennya di hina dan di cerca, selain hubungan cinta antara sesama manusia acik lana juga menerapkan cinta kepada ALLAh yang memang patut kita agungkan.

Setiap manusia melakukan kesilapan, setiap kesilapan patut di perbaiki, jika kita berdosa, kita harus meminta keampunan. ALLAH maha pemurah dan maha penyayang, mereka patut diberikan peluang untuk menjalani kehidupan yang lebih baik. kalau baca novel ni, kita akan sedar yang tak semua yang jahat itu akan jahat selamanya. dan yang baik itu tak semestinya baik selamanya. semuanya hidayah dari ALLAH.

aku cadangkan korang memang patut baca novel ini untuk merasai kelainannya dan pengajaran yang penulis nak sampaikan. jangan risau, Mika dalam cerita ini masih lelaki idaman pembaca-pembaca novel sekalian, cuma jalan cerita pasangan dalam novel ini unik sikit dari novel-novel lain. Serius!!

ni belog penulisnya. SILA TERJAH : Acik Lana






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...