NOTIS

PERINGATAN!!!!

semua gambar kebanyakan ihsan dari Google, yang aku bahasakan sebagai pak cik gugle, kalau ada aku terambil dari private belog, selalu aku akan creditkan kepada mereka, kadang-kadang ada juga gambar itu dari simpanan aku sendiri.
so......

ambil apa yang korang nak dari blog ni, TAPI give n take la, dah ambil sila promote skit blog ni keyh?? kalau nak letak iklan kat sini sila tinggalkan link nanti aku promote. ingat!!! GIVE N TAKE bubye... selamat berblog~~~

Follow me I will follow U

Tuesday, December 18, 2012

Reveiw Biar Cinta Bertaburan { Yusnida Tajudin }








Masih lagi buku terbitan kaki novel, novel ini masih berkisar tentang lelaki tampan dengan sikap ego panas baran dan mulut lepas bernama Emeer zafran. Disebabkan perkerja yang sentiasa menjauhinya membuatkan dia sering bertukar PA sehinggalah kemunculan Ayesha Sorfina yang lebih periang dan penyabar. Seperti biasa bibit bibit cinta bakal memutik tatkala buku bertemu ruasnya. Cinta mereka pada mulanya di halang apabila emeer sebelum ini sudah pun bertunang denghan liana Arissa, namun emeer sanggup mengenepikan gadis itu sewenang-wenangnya, namun berlainan pula bagi Ayesha. Sikap baik hati Ayesha berlarutan sehinnga sanggup memusnahkan masa depan dirinya sendiri demi kepentingan orang lain, kekhilafan yang dilakukan membuatkan dia lebih merasa tidak layak untuk dibandingkan dengan liana arissa yang sememangnya sempurna di mata dia. 

Cerita ini perlu di ambil positif oleh remaja remaja sekarang, jangan kerana cinta agama dan adat di ketepikan, namun kita sebagai manusia memang tak lari dari kesilapan, kesilapan yang kita lakukan mestilah diperbaiki, dan bertaubat supaya tidak berulang lagi. Kak Yus bijak memasukkan nilai nilai murni yang sepatutnya di jadikan tauladan kepada pasangan bercinta, moral masayrakat sekiling yang boleh di katakan sudah jarang berlaku di zaman sekarang patut di jadikan contoh. Yang lebih membuatkan aku rasa ia dekat dengan kita apabila cerita ini berlatar belakangkan tempat yang dekat dengan aku. Iaitu di daerah Pekan Pahang, selain bercerita Kak yus turut memperkenalkan adat serta kelebihan daerah yang dikenali dengan nasi dagang, ikan keli dan kawasan kawasan rekreasi di Pahang yang aku rasa memang perlu ada dalam setiap penulis supaya mempromosikan kawasan sendiri, dan bukan hanya terlalu focus kepada bandaraya besar seperti Kuala Lumpur. 

Pergolakan demi pergolakan berlaku dalam hidup Ayesha dalam mempertahankan cinta agungnya, sehinggakan kemunculan Noureen yang sememangnya mempunyai niat tidak baik. Macam mana cara Ayesha mempertahankan cintanya? Pada aku ia sangat perlu di contohi wanita zaman kini. Nak tahu macam mana? Dapatkan la BIAR CINTA BERTABURAN di pasaran hasil pertama dari YUSNIDA TAJUDIN. 




1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...