NOTIS

PERINGATAN!!!!

semua gambar kebanyakan ihsan dari Google, yang aku bahasakan sebagai pak cik gugle, kalau ada aku terambil dari private belog, selalu aku akan creditkan kepada mereka, kadang-kadang ada juga gambar itu dari simpanan aku sendiri.
so......

ambil apa yang korang nak dari blog ni, TAPI give n take la, dah ambil sila promote skit blog ni keyh?? kalau nak letak iklan kat sini sila tinggalkan link nanti aku promote. ingat!!! GIVE N TAKE bubye... selamat berblog~~~

Follow me I will follow U

Monday, December 10, 2012

Hikayat Cinta

Kata Hikayat, 
Kehidupan ini seperti bunga 
dan cinta umpama madunya.

I LOVE BASKETBALL

Serius, novel ni memang sangat best, i love basketball, of course sebab aku memang suka basketball, sejak dari zaman sekolah memang aku gilakanya, pantang ada tournament sekolah atau daerah atau negeri, mana yang aku boleh terjah aku akan terjah. kenapa? sebab aku rasa pemain bola keranjang ni memang sangat cool, walau tak la hensem tapi hensem mereka itu akan terserlah bila kat court basketball, ini pandangan aku lah. tapi dah meningkat dewasa ni minat dalam diam diam sudah. aku start ikut cerita si ALEX dengan mak cik tua nama APY ELINA masa mula-mula penulis dia post dekat blog dia,  SEGALANYA TENTANG CINTA DAN BULAN masa tu memang dah tak sabar nak tahu ending, tapi yang membuatkan aku marah pada mulanya bila di umumkan yang cerita tersebut akan di bukukan. kenapa aku marah? dulu, aku memang tak suka kalau novel online yang aku baca di ganggu oleh Publisher yang nak terbitkan novel tersebut, sebab.. lambat giler keyh??? nak tunggu nak tau ending dia, mana nak tunggu edit lagi cover lagi, bla bla bla.. memang makan bulan tak pun tahun jugak la, nak tahu ending cerita tu. tapi lama kelamaan semua e-novel kebanyakan akan dipilih publisher untuk diterbitkan, jadi nak tak nak aku terpaksa juga menunggu ia diterbitkan, tunggu punya tunggu memang sangat berbaloi. aku suggest korang dapatkan lah kat pasaran sekarang. tapi jangan terkejut pulak versi e-novel dengan novel ada sedikit perubahan, maklumlah, untuk tujuan komersial, penerbit haruslah campur tangan. tapi overall memang tak lari dari cerita asal.

hikayat cinta berkisar APY ELINA yang obses menulis  pada buku hitam yang di panggil hikayat cinta, dia menyimpan cita cita untuk memimpin pasukan bola keranjang suatu hari nanti. macam macam halangan yang dia terpaksa tempuhi.

tekad dan usaha yang dilakukan berbaloi apabila dia diterima menjadi jurulatih THE LEGEND. bermulalah hari hari yang diimpikannya. namun kemunculan ADAM ALEXANDER dalam hidupnya benar benar menguji kebolehan dan kesabarannya. banyak aksi dan cerita menarik yang terjadi antara mereka, ada cerita sedih duka Alex, sweet comedy antara mak cik tua dengan lelaki yang takut nasi.

'' mak cik, aku tak perlukan nasihat kau. tak ada apa yang dapat halang aku dari terus bermain bola keranjang ''

sikap ego, panas baran dan sukar dijinakkan ALEX menyesakkan jiwanya, pelbagai cara dilakukan demi menjadi jurulatih yang baik, dalam diam ada perasaan yang menjalar dalam diri mereka. kemunculan Daniel merupakan konflik terbesar antara APY dan ALEX, dan yang paling menarik, aku suka garapan ratu bulan tentang cerita Melisa dan siapa ALex yang sebenar, penuh misteri dan kisah duka di sebaliknya.


kalau nak tahu lebih lanjut anda semua mestilah mendapatkan HIKAYAT CINTA yang memang dah ada kat pasaran sekarang.  kalau rasa malas nak belek kat kedai sila ke page FAJAR PAKEER untuk pesanan dihantar terus ke rumah anda, kalau nak lagi special sial ke page HIKAYAT RATU BULAN , korang boleh pesan dari penulis itu sendiri. boleh mintak tanda tangan sekali..  menarik kan? 

5 bintang untuk Ratu bulan.

Next aku dah dapatkan Prince CHARMING masih lagi tulisan cik Ratu kita.. jangan lupa baca tau??





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...