NOTIS

PERINGATAN!!!!

semua gambar kebanyakan ihsan dari Google, yang aku bahasakan sebagai pak cik gugle, kalau ada aku terambil dari private belog, selalu aku akan creditkan kepada mereka, kadang-kadang ada juga gambar itu dari simpanan aku sendiri.
so......

ambil apa yang korang nak dari blog ni, TAPI give n take la, dah ambil sila promote skit blog ni keyh?? kalau nak letak iklan kat sini sila tinggalkan link nanti aku promote. ingat!!! GIVE N TAKE bubye... selamat berblog~~~

Follow me I will follow U

Friday, December 14, 2012

Contengan Jalanan { Hlovate }

Contengan pengalaman perjalanan mencari Tuhan

contengan perjalanan 
yang dituliskan tanpa perancangan
untuk kenangan masa depan

ada senyuman 
dan ada rasa bosan
itu namanya KEHIDUPAN.


baru je habis baca buku ni, walaupun tak betul betul habis sebenarnya, sebab? untuk pertama kalinya aku merasa sedikit tertekan membaca novel tulisan hlovate kali, seperti biasa aku memang jenis yang tidak suka berfikir apabila melibatkan sesi hiburan yang aku buat, apa yang aku baca dan apa yang aku tonton semasa aku berliburan perlu la dalam bentuk komedi yang membuatkan aku ketawa tak ingat dunia realiti. cukuplah memerah otak untuk bekerja dan menjalani kehidupan semasa. bunyi macam tak pijak di bumi yang nyata, tapi itu saja cara yang aku ada untuk mengawal/menghilangkan stress yang ada. buat masa ni memang sangat berkesan. boleh dikatakan seimbang la. 

TAPI, kalau untuk dijadikan bahan bacaan ilmiah atau bahan bacaan serius buku ni sangat sesuai sekali, entah bila aku nak jadikan bahan bacaan serius ntah... suratkhabaranharian pun  dah lame tak belek, kalau belek pun muka depan muka teka silang kata dan muka belakang aje. wakakakakkaka..

hurmmm.. paling terkesan bila membaca bait bait yang ditulis,, masa tidak menunggu manusia,

well, pada siapa siapa yang mencari kelaianan, sekali sekala ingin berubah angin mencari sesuatu yang baru dalam bacaan korang, bacalah buku ni, mungkin akan memberi sesuatu buat korang, aku tak kata buku ni tak bagus, tapi dalam konteks aku baca novel untuk berhibur dan lari dari kenyataan dunia yang kadang kaya menyakitkan perasaan, buku ni reality manusia yang mencari sesuatu ke arah yang lebih baik, Hlovate memang sangat bijak mengolah tulisan beliau, mungkin ini merupakan percubaan pertama tanpa cerita cinta yang membuai buai perasaan, tanpa tindakan spontan hero dan heroen yang membuatkan kita tak kering gusi dengan telatah diorang. semoga hasrat penulis menerbitkan novel ini tercapai. dalam masa yang sama semuanya yang di tulis membuatkan aku lebih sedar akan perjalanan hidup yang aku lalaui sekarang. BACALAH, ia akan sedikit sebanyak membantu merea yang sedang mencari.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...