NOTIS

PERINGATAN!!!!

semua gambar kebanyakan ihsan dari Google, yang aku bahasakan sebagai pak cik gugle, kalau ada aku terambil dari private belog, selalu aku akan creditkan kepada mereka, kadang-kadang ada juga gambar itu dari simpanan aku sendiri.
so......

ambil apa yang korang nak dari blog ni, TAPI give n take la, dah ambil sila promote skit blog ni keyh?? kalau nak letak iklan kat sini sila tinggalkan link nanti aku promote. ingat!!! GIVE N TAKE bubye... selamat berblog~~~

Follow me I will follow U

Thursday, December 20, 2012

aA + bB { Hlovate }






kisah perjalanan hidup Addin shah seorang doctor muda dan benz jurutera keras kepala yang memang gila gila. Kisah dua beradik kembar lelaki perempuan ini sangat menarik pada aku, hlovate memang cukup bijak mengolah cerita mereka, walalupun pada dasarnya cerita ini memang focus kepada kehidupan adiknya iaitu addin dan kawan baiknya sendiri benz yang menjadi adik iparnya pula. 

Olahan dari hlovate selalu membuatkan aku tak kering gusi membaca karya beliau. Teknik gaya bahasa basah dan santai amat memikat jiwa aku. Penceritaan terhadap watak dan perwatakan dalam novel ini sangat la berkesan aku rasa. Tidak la meleret leret, tapi kita  faham apa yang hendak disampaikan. Hlovate memang terkenal dengan rumus rumus bijaknya, walau pada hakikatnya formula formula yang digunakan sebenarnya adalah rekaan semata-mata. 

Addin yang tegas terpaksa hidup dengan benz yang keras kepala.  Banyak kejadian yang berlaku antara mereka membuatkan aku yang membacanya terasa ingin jadi seperti addin. Sepanjang membaca novel ini aku memang senyum sendiri, ada saja idea penulis bercerita supaya kita tak pernah kering gusi membacanya sampai la habis, walau kadang kala kita di suntik dengan elemen  sedih dan marah dengan keadaan yang berlaku.

Apa pun aku tabik spring kat Hlovate, aku sangat teringin untuk melihat gerangan penulis ini. semua cerita beliau dah tertampal dalam kepala aku. Tak perlu bersikap romatis, kerana keadaan yang membuatkan mereka kelihatan sangat romantic dan lucu. So , aku memang suggest pada korang semua untuk dapatkan Novel ini. serius, korang akan gelak terguling bila tiba part kelakar, Korang akan senyum sorang-sorang bila tiba keadaan romantic habis, then korang akan nangis bagai nak rak kalau tiba part sedih.

                Kalau ikutkan perkiraan bintang, 5 adalah paling baik. Tapi untuk buku ni aku bagi 7 bintang.. hahahhaha memang terbaek. Tak keterlaluan kalau aku kata kebanyakan novel terbaru kebanyakannya mengambil idea dari novel ini. walau apa pun, selamat membaca. 

buku ini ada kesinambungannya yang lebih menarik, tapi bukan kesudahan kepada cerita Addin dan benz? tapi kembali ke masa lampau semasa mereka masih bersekolah, dan detik detik pertemuan mereka yang tragik la kot? hahhaha.. tunggu nanti aku review,, memang the best la.. 
nantikan TUNAS dari HLOVATE

 


3 comments:

  1. mana nk dpt novel ni skrg ek?.....
    mohon siap tau... tlg bagi tau tmpat :)

    ReplyDelete
  2. mana nk dpt novel aA + bB { Hlovate } ek?mohon klau ada kat pasaran bg
    tau nama kedai dan lokasi...hehehehhe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...