NOTIS

PERINGATAN!!!!

semua gambar kebanyakan ihsan dari Google, yang aku bahasakan sebagai pak cik gugle, kalau ada aku terambil dari private belog, selalu aku akan creditkan kepada mereka, kadang-kadang ada juga gambar itu dari simpanan aku sendiri.
so......

ambil apa yang korang nak dari blog ni, TAPI give n take la, dah ambil sila promote skit blog ni keyh?? kalau nak letak iklan kat sini sila tinggalkan link nanti aku promote. ingat!!! GIVE N TAKE bubye... selamat berblog~~~

Follow me I will follow U

Monday, December 24, 2012

3 Kata Hati { Norzailina Nordin }




Kalau tengok Cover buku ni memang menarik dan cute sekali. aku pernah bertemu mata dengan penulis yang dikenali juga sebgaia selebriti chef ini. mula mula membaca 3 kata hati ini, jelas nampak minta beliau ke arah masakan. kerana bait bait ayat yang disusun selalu dibuat perbandingan kaitan dengan masakan.

kisah cerita bermula apabila Nadya yang ditinggalkan suami selama dua tahun, di gantung tak bertali akhinya merasa sunyi setelah di desak sahabatnya Sophie yang lebih bebas kehidupannya. Nadya mempunyai 2 orang anak dara ima dan Hanani. pemergian suaminya Daniel membuatkan kehidupannya berantakan, sudahlah anak yang sulung seolah merlarikan diri darinya, konflik lebih hebat bermula apabil dia betemu dengan iskandar yang pandai mengambik hati dan terus membuka hatinya untuk memiliki kasih sayang seorang lelaki setelah dua tahun ditinggalkan. apa yang lebih dramatik lagi, Hanani juga turut jatuh hati kepada lelaki yang bernama Iskandar Hakimi, tanpa mengetahui yang ibunya juga mempunyai hubungan rapat dengan jejak yang sama.

mula mula membca membuatkan aku rasa sakit hati dan penasaran, sehelai demi sehela aku baca sebab hati ni terlalu nak tahu siapakah pilihan iskandar. dua wanita itu mempunyai keistimewaan sendiri. namun perbuatan Hanani yang mencabar kesabaran Iskandar membuatkan dia hilang lelaki itu. kemunculan mr. Rahsia mengubat segalanya. serius aku memang tak sabar habiskan bacaan. sakit hati dengan sikap Nadya, dan geram dengan pemikiran Iskandar.

aku sendiri tak pasti kalau perkara ini berlaku pada diri aku. sanggup ke berkorban atau dikorbankan. penulis bijak merungkai dan mengolah cerita ini dengan lebih baik dan menjadikan jalan ceritanya tidak meleret, walaupun sebab sebenar Daniel  meninggalkan keluarga mereka membuatkan aku sedikit terharu. Cuma yang membuatkan aku pelik, tajuknya.. 3 KATA HATI.. refer kepada? mungkin kata hati NADYA , HANANI, ISKANDAR... Mr Rahsia??? hurmmm... baik korang dapatkan sekarang.






2 comments:

  1. Assalamualaikum, Lieza.

    Terima kasih kerana sudi beri komen novel akak tu. Setulusnya, akak harap u happy membaca kisah tersebut. Moga ramai di luar sana teruja untuk mendapatkan dan menghayatinya.. demi 'kebaikan' bersama kerana segala2nya berpunca daripada FB.

    Salam ikhlas,
    Kak Zailina

    ReplyDelete
  2. hhehhehe.. lepas ni cinta 365 plak.. memang best la..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...