NOTIS

PERINGATAN!!!!

semua gambar kebanyakan ihsan dari Google, yang aku bahasakan sebagai pak cik gugle, kalau ada aku terambil dari private belog, selalu aku akan creditkan kepada mereka, kadang-kadang ada juga gambar itu dari simpanan aku sendiri.
so......

ambil apa yang korang nak dari blog ni, TAPI give n take la, dah ambil sila promote skit blog ni keyh?? kalau nak letak iklan kat sini sila tinggalkan link nanti aku promote. ingat!!! GIVE N TAKE bubye... selamat berblog~~~

Follow me I will follow U

Tuesday, January 14, 2014

Ya Maulana by Hana Ilhami



Karya kedua penulis yang memang mengkagumkan aku. Novel pertama Beliau iaitu Perempuan lindungan Kaabah sangatlah memotivasikan aku. membaca novel kedua ini membuatkan aku teringat-ringat novel pertama beliau. Fokus penulis masih lagi berdakwah melalui penulisan, terbaikk... cuma dari segi penceritaan aku rasa ya maulana adalah versi versa untuk perempuan lindungan kaabah, atau tajuk lain yang aku gelarkan untuk novel ini '' lelaki lindungan kaabah '' weeeee... penceritaan yang penuh dengan pengajaran dan motivasi. sangat bagus untuk remaja-remaja diluar sana. masih banyak ilmu yang Hana tunjukkan dalam novel membantu kehidupan seharian aku. dan dalam novel inilah aku kenal betapa madrasah agama itu sangat mempengaruhi anak-anak kita nanti. bukan bermakna sekolah pondok tidak berjaya. dan aku jumpa watak yang diceritakan oleh penulis itu sendiri di alam realiti. sungguh, masyarakat kita perlu disedarkan dengan perkara ini. pandangan aku berubah seratus dua puluh peratus. cuma... panjangnya novel ini membuatkan ada seorang teman yang turut meminjam dan membaca novel ini merungut. mungkin hana boleh padatkan jalan cerita supaya tidak meleret dan lebih menarik  minat remaja yang baru berjinak-jinak untuk mendekatkan diri dengan novel yang aku gelarkan ilmiah kontemporari. 3 dari empat bintang untuk Ya maulana.


review belakang novel :


Maulana Iqbal. Dunianya hanya Darul Ulum At-Taufiqiyah. Al-Quran yang penuh di dalam dada menjadi modal buat pembimbing bakal-bakal hafiz. Hasil tarbiah madrasah, maka lahirlah seorang maulana di Kampung Pulau Sayak.

adra liyana, maksudnya si perawan cantik yang lemah lembut. Tetapi sayang, watak tidak secantik namanya. Si anak Tan Sri berambut karat, bermini skrit masuk kampung dengan sebuah agenda, untuk memindahkan Darul Ulum dan membina hotel resort di atasnya. Baginya, Maulana Iqbal tidak ubah seperti seorang ustaz Gothic yang poyo! Dengan berjubah dan berserban bagai.

“Cik Rariru nak jumpa saya?” – maulana Iqbal

“Ustaz! Kut ya pun tak suka I pakai macam ni, tak perlulah ejek nama I, okey? Nama I Rara, bukan Rariru!” – Adra liyana

“Cik Adra tolong pakai pakaian yang sopan dan menutup aurat. Maklumlah, sini tempat budak-budak menghafal Quran. Dan cik kena pakai tudung sekali.” – maulana Iqbal

Setelah rencana untuk memindahkan Darul Ulum tidak berhasil, Adra nekad untuk mengugut Si Maulana. Rencana jahat mula diatur…

“Tolong I! Dia... dia... cuba buat benda tak baik kepada I...” – Adra liyana

“Allahuakbar! Demi Allah! Saya tak buat kerja terkutuk ni.” – maulana iqbal

“Sama ada Iqbal tinggalkan kampung ni atau dia bertanggungjawab atas apa yang dia dah buat. Iqbal kena kahwin dengan perempuan ni.” – Imam Hussin

Aduhai, ya maulana! Rencana jahat Adra akhirnya memakan diri. Mana mungkin dia sanggup bersuamikan si maulana kampung yang sudah beristeri itu! Perlukah dia menukar wataknya kepada ‘Adra Liyana’ yang sebenar?

Ketika umpat dan keji penduduk kampung mula tersebar, mampukah Kampung Pulau Sayak itu menjadi pusat tarbiah untuk si gadis ranggi?






Friday, January 10, 2014

ACAM by Yusnida Tajudin

Terbaru dari ladang!!!

credit to seorang kawan yang baru melawat penulis, dan membawa buah tangan yang sangat la spesial untukku.. terharu, terkejut, dan terbangga kejap. lebih kurang seminggu dua terperuk aje novel ini dimeja, tiba satu hari mood membaca sudah tiba, maka selama empat ke lima jam berterusan meneruskan bacaan sehingga habis. 

sangat tidak mengecewakan apabila novel pertama yang dibaca 2014. walaupun sakit hati dengan pengakhiran watak Qaid, tapi ke'sweet'an Dzil membuatkan aku tersenyum sampai esok pagi. walaupun aku tak berapa berkenan dengan watak ACAM tapi aku sangat admire dengan dua watak utama lelaki idaman malaya tu. for sure realiti Qaid dan Dzil tak pernah kujumpa lagi, separuh mereka mungkin ramai. wakakakakka...


tak perlu cerita banyak, novel yang banyak dengan pengajaran, lebih baik dari Biar Cinta Bertaburan. mungkin boleh ditambah baikkan lagi untuk novel seterusnya, remaja diluar sana mungkin boleh ambil pengajaran dari cerita ini. 


 




Sila jangan cemburu yer? dapatkan novel terbaru dari Yusnida Tajudin dari penerbit Love Novel, kalau nak tanda tangan beliau sila lah melawat Facebook beliau yusnida tajudin pujuk-pujuk cara nak dapatkan cara tanda tangan beliau. wink...



sedikit review yang ada pada belakang novel :


“Kalau cinta katakanlah… tidak aku terus gelisah… kalau diam manaku tahu”
Orang kata, dari mata turun ke hati, dari hati lahirlah cinta.  Kadang-kadang cinta tu hadir tak perlu pun ada penyebabnya kerana cinta itu hanya perlu ada dua hati dan dua jiwa yang merasainya.
“Kalau kau tanya, siapa yang bertahta di hati aku, aku sendiri tak punya jawabnya.  Kalau kau tanya, kenapa aku pilih dia.. aku sendiri pun tak punya jawapan untuk soalan itu.  Aku cuma tahu, setiap kali aku disapanya, hati ini rasa terlalu dekat padanya, setiap kali wajahnya melingkari pandanganku, jiwa ini rasa sudah dimilikinya.” ~ Acam.
“Mungkin di mata mereka kau hanya gadis biasa, tapi di mata aku kau sangat istimewa.  Hanya aku yang tahu di mana letaknya keistimewaanmu sehingga mampu membuatkan hatiku berdegup kencang tiap kali mengingatimu” ~ Dzil
“Aku mahu rasa kasih itu lahir sendiri tanpa perlu memaksa dirimu.  Aku mahu hatimu sepenuhnya dan kerana ini aku tidak mahu terus memaksamu menerimaku.  Biarpun aku bukan pilihanmu, aku akan tetap terus mencintaimu kerna kadangkali cinta tak bermakna memiliki …”  Qaid.
Sukar untuk menebak siapa yang akan bertahta di hati Acam, gadis kasar dan ala-ala tomboy yang sering lepas laku.  Mulutnya berbisa apabila bersuara tapi di hati ada taman bunga yang terentang luas.  Kehadiran Dzil, jejaka yang sering mengganggu hidupnya membawa hura hara di hati Acam.  Semakin dia menjauh, semakin Dzil mendekat dengan bermacam-macam kerenah. 
Dalam hati berperang dengan perasaan, hadir pula Qaid, Shah dan Faizal yang cuba merebut hati Acam.  Akan terbukakah hati gadis itu untuk mereka atau haruskah dia melangkah pergi meninggalkan kesemuanya. 


Monday, July 15, 2013

Fantasi Cintaku { Fatin Nilam Sari Ahmad }


Percintaan antara Riya dan Alam tidak mungkin akan jadi nyata. Riya seorang manusia biasa dan Megat Dewa Alam, manusia vampira yang hidup hanya pada waktu malam. Demi kelangsungan hidup insan yang disayangi mereka harus berkorban, Pengorbanan itu bukanlah sesuatu yang mudah, memusnahkan sebuah jiwa yang penuh dengan rasa cinta dan kasih sayang.Apakah mungkin Riya akan kembali menikmati cinta sejati setelah Alam meninggalkannya



stresss, bosan dan menyakitkan hati. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...